Pembaca blog mindatahwil sangat dialu-alukan sekiranya ingin berkongsi artikel yang kami paparkan di dalam blog ini. Terima kasih kepada yang memberikan kredit(membuat pautan) kepada kami, tetapi kami tidak kisah jika tidak diberikan kredit. Harapan kami semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya dan kami juga berharap agar pembaca dapat mendoakan kami. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel dalam blog "Minda Tahwil" ini.

God Bless You


Assalamu'alaikum,

Tahukah anda bahawa telah menjadi adat orang Kristian untuk menyebut "God bless you" kepada orang yang bersin?

Saya quote dari wikipedia [1]

"Bless you, or God bless you, is a common English expression addressed to a person after they sneeze. The origin of the custom and its original purpose are unknown."

Ini satu perkara yang menarik kerana sebagai seorang Muslim yang mengikut ajaran Muhammad (s.a.w.), kita disuruh untuk menyebut "All the praises are for Allah" sekiranya kita bersin dan yang lain pula perlu menyebut "May Allah be merciful on you".

Perkara ini ada disebut dalam hadith Nabi (s.a.w.) dalam Sahih Bukhari, Volume 2, Book 23, Number 331 [2]:

Narrated Al-Bara' bin 'Azib:

Allah's Apostle ordered us to do seven things and forbade us to do other seven. He ordered us:

to follow the funeral procession. to visit the sick, to accept invitations, to help the oppressed, to fulfill the oaths, to return the greeting and to reply to the sneezer: (saying, "May Allah be merciful on you," provided the sneezer says, "All the praises are for Allah,"). He forbade us to use silver utensils and dishes and to wear golden rings, silk (clothes), Dibaj (pure silk cloth), Qissi and Istabraq (two kinds of silk cloths).



Maka kita dapat lihat persamaan pada sebutan "May Allah be merciful on you" dengan "God bless you" iaitu sebutan yang perlu diucap kepada mereka yang bersin.

Sekadar berkongsi, Allah lebih mengetahui.

Berilah peringatan #2



"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan." - Imam Hassan Al-Basr

Derma Ikhlas Mangsa Kebuluran Somalia

Entri ini adalah sticky post. Sila scroll ke bawah untuk entri terbaru. :)

Salam Maal Hijrah

Sempena tahun baru yang bakal menjelang tiba beberapa hari sahaja lagi, kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1433H, Salam Maal Hijrah buat semua pembaca dan pengikut blog mindatahwil. Semoga segala amal ibadah kita pada tahun ini (1432H) diterima Allah dan semoga tahun baru ini akan meningkatkan lagi prestasi amalan kita. Selamat berazam baru. :)



Sedikit info berkaitan amalan membaca doa awal dan akhir tahun disini

Wallpaper - Surah At-Taubah : 129

Nazar



Nazar adalah janji yang dibuat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala apabila dia mendapat sesuatu yang dihajati. Contohnya seseorang yang sedang menduduki peperiksaan bernazar untuk melakukan sesuatu ibadah kepada Allah apabila dia lulus dalam peperiksaan.
Nazar ini wajib kita tunaikan. Ia seperti mewajibkan diri kita melakukan sesuatu ibadah kepada Allah yang hukum asal perkara itu adalah sunat. Contoh nazar yang boleh dilakukan adalah seperti puasa, bersedekah atau mencukur rambut.

Allah telah berfirman mengenai nazar ini di dalam al-quran yang bermaksud:

Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu.­- Al-Hajj, 29

Di dalam al-quran juga, Allah ada berfirman mengenai kewajipan menunaikan nazar ini seperti pada ayat Al-Insaan ayat ke-7 yang bermaksud:

(Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.- Al-Insaan, 7

Jika apa yang kita hajati itu telah ditunaikan oleh Allah, maka wajiblah kita terus melaksanakan nazar itu tanpa perlu bertangguh-tangguh lagi jika kita mampu untuk berbuatnya. Jika kita terlupa dah tidak melaksanakan nazar yang telah dibuat kepada Allah itu, maka wajiblah kita membayarnya seperti yang telah diperintahkan Allah dalam surah al-Maidah ayat ke-89 yang bermaksud:

Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah - peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum ugamaNya) supaya kamu bersyukur. – Al-Maaidah,89

Serta sabda Rasulullah yang bermaksud:

Dari 'Uqbah bin 'Amir r.a., dari Rasulullah saw., sabdanya: "Denda nazar sama dengan denda sumpah." - Hadis Sahih Muslim, 1629

Berdasarkan ayat al-quran di atas, kafarah penebus nazar atau denda yang perlu dilakukan jika nazar yang dibuat tidak ditunaikan adalah (mengikut urutan):
  1. Memberi makan sepuluh orang miskin, atau
  2. Memberi pakaian kepada orang miskin, atau
  3. Memerdekakan seorang hamba, atau
  4. Jika tidak mampu berbuat ketiga-tiga perkara di atas, hendaklah berpuasa tiga hari.

Harus diingat, nazar yang dibuat perlulah merupakan satu ibadah kepada Allah dan nazar yang dibuat tidak boleh berupa maksiat kepada Allah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah Salallahu’alayhiwasallam seperti berikut:

Dari 'Imran bin Hushain r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak boleh melaksanakan nazar berupa maksiat, dan tidak boleh pula orang melaksanakannya." Dan menurut riwayat Ibnu Hujr, "Tidak boleh bernazar berupa maksiat kepada Allah." - Hadis Sahih Muslim, 1625

Tidak wajib/boleh melaksanakan nazar yang menderhaka perintah Allah seperti hadith di bawah:

Dari 'Aisyah r.a.. dari Nabi saw. beliau bersabda: "Siapa yang bernazar akan mematuhi perintah Allah, hendaklah dipatuhinya. Sebaliknya siapa yang bernazar akan mendurhakai Allah, janganlah mendurhakaiNya. - Hadis Sahih Bukhari, 1788

Akhir sekali, nazar yang dibuat juga tidaklah sesuatu yang diluar kemampuan kita dan boleh mendatangkan mudarat kepada tubuh badan kita seperti bernazar ke masjid dengan berjalan kaki ayam tanpa berselipar atau bernazar ingin berpuasa di bawah pancaran matahari. Hal ini seperti hadith Rasulullah:

Dari lbnu Abbas r.a. katanya: Ketika Nabi saw. sedang berkhutbah, ada seorang laki-laki tetap berdiri. Lalu beliau menanyakan tentang laki-laki itu. Orang itu menjawab: "Itulah Abu Israel yang telah bernazar akan terus berdiri, tidak akan duduk, tidak akan berteduh dan tidak akan bercakap-cakap serta tetap berpuasa." Nabi saw. bersabda: "Suruhlah dia berkata-kata, berteduh dan duduk serta menyempurnakan puasanya." - Hadis Sahih Bukhari, 1791

Dari Anas r.a., katanya Nabi saw. pernah melihat seorang orang tua berjalan dituntun oleh dua orang anaknya. Lalu beliau bertanya, "Bagaimana orang tua ini?" Jawab mereka, "Beliau bernazar akan melakukan (ibadah haji) dengan berjalan kaki." Sabda Rasulullah saw., "Sesungguhnya Allah swt. Maha Kaya untuk menyuruh seseorang menyeksa diri." Lalu orang tua itu diperintahkan beliau supaya naik kenderaan.- Hadis Sahih Muslim, 1626

Sekian, wallahu’alam

Ujian tarbiyyah dari Allah - Beriman dengan Qadha' Dan Qadar

Gambar ihsan Jom Share


“Aduh, beratnya musibah ini!”
“Sampai bila aku harus diuji begini?”
“Kenapa aku diuji?”

                Ayat di atas merupakan sebahagian daripada dialog yang sering kita pertuturkan apabila ditimpa ujian yang terasa berat untuk dipikul. Lumrah manusia, sering berkeluh-kesah apabila ditimpa musibah dan dugaan sehingga terkadang kita terlupa bahawa musibah yang datang itu adalah ketentuan Allah. Musibah itu adalah sebahagian daripada takdir atau qadha’ dan qadar yang ditetapkan Allah untuk kita. Sebagai seorang Muslim, kita wajib untuk beriman dengan qadha’ dan qadar ini.

                Apabila keadaan kembali tenang, kita akan kembali beristighfar dan mengingati Allah. Bersyukur kerana diberi musibah sebegitu, atau mengambil hikmah pelajaran daripada ujian yang diturunkan itu. Tetapi bagaimana pula jika musibah yang terjadi itu disebabkan oleh orang lain?

                Sebagai contoh, kehilangan seseorang yang amat kita sayangi akibat dibunuh atau kemalangan jalan raya disebabkan kecuaian pemandu lain. Atau mungkin sahaja kita kehilangan harta benda akibat dirompak ataupun duit yang dipinjam orang ataupun ditipu orang. Bagaimana cara kita menghadapi musibah seperti ini?

                Mungkin ada yang sepanjang hayatnya terus-terusan menyalahkan orang yang mengakibatkan terjadinya musibah itu. Kita juga tidak dapat memaafkan kesalahan mereka kerana mereka membuatkan hidup kita merana.

                Sebenarnya setiap yang berlaku itu merupakan ketentuan dari Allah dan orang yang mengakibatkan berlakunya sesuatu itu adalah ‘perantara’ atau ‘penyebab’ kepada terjadinya perkara itu. Jika kita duduk bertenang dan berfikir semula, kita pasti akan menemui jawapan kepada setiap musibah yang menimpa.

                Mengambil contoh di atas, apabila kehilangan orang yang tersayang, kita harus memikirkan bahawa kematian itu adalah sesuatu yang pasti dan ajal itu sudahpun ditetapkan. Orang yang membunuh samaada sengaja ataupun tidak itu hanyalah penyebab kepada kematian yang terjadi. Begitu juga halnya dengan kehilangan harta benda yang terjadi akibat dirompak ataupun ditipu. Rezeki itu sudah ditakdirkan bukan milik kita dan Allah telah mengambilnya melalui perompak ataupun penipu itu.

                Menyalahkan penyebab kepada sesuatu perkara itu mungkin sama seperti kita menyalahkan Allah yang telah mentakdirkan berlakunya perkara itu. Bererti kita tidak redha dan sabar menghadapi musibah yang Allah berikan kepada kita. Apa yang paling membimbangkan adalah jika kita tidak percaya bahawa apa yang terjadi itu merupakan qadha’ dan qadar dari Allah. Na’uzubillah, semoga Allah menjauhkan perasaan itu dari kita.

                Ujian itu merupakan tarbiyyah daripada Allah. Allah menguji kita kerana sayangkan kita. Allah juga tidak menguji jika kita tidak mampu untuk menghadapinya seperti yang dinyatakan dalam al-quran :

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” – Al-Baqarah:286

                Allah juga menguji kita untuk mengetahui sejauh manakah keimanan kita kepadaNya.

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. – Al-Ankabuut:2-3

                Redha, sabar dan tawakkal adalah asas bagi mukmin yang bertaqwa. Bersabarlah mengahadapi musibah yang diberikan, sentiasa redha kerana ia akan menambahkan rasa kehambaan dalam diri kita bahawa kita adalah manusia yang lemah dan tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Akhir sekali bertawakkallah kepada Allah untuk apa jua perkara dalam hidup kita supaya kita tidak akan mudah berputus asa dan mengeluh jika diberikan ujian. InsyaAllah.

"Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung". – At-Taubah:129

Semoga kita sentiasa beringat bahawa setiap musibah yang menimpa itu adalah peringatan dari Allah untuk kita. Musibah itu juga adalah ketentuan (qadha’ dan qadar) dari Allah dan kita wajib beriman kepadanya. Wallahu’alam.

Anak, rezeki kurniaan Ilahi


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sudah lama terniat di hati untuk menulis berkenaan isu ini. Ketika kakak sering mengadu belum hamil sedangkan sudah lebih kurang 6 bulan berkahwin, tetapi diri sendiri pun tiada kekuatan untuk menulis memandangkan saya sendiri juga masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah setahun berkahwin.

Bersembang dengan sahabat lama melalui facebook sebentar tadi membuatkan saya kembali bersemangat untuk menulis entri ini. Sahabat juga mempunyai masalah yang sama, masih juga belum dikurniakan rezeki zuriat walaupun berkahwin pada awal tahun ini dan membuatkan dia sedikit tertekan. Tambahan pula rakan-rakan sekerja sibuk bercakap-cakap dan bertanya soalan yang boleh menimbulkan kesedihan dan tekanan buatnya.

Lumrah bagi kaum wanita untuk berasa tertekan jika sering diasak dengan soalan tentang kehamilan. Apatah lagi jika usia perkahwinan sudah melebihi 6 bulan, tetapi masih juga tidak hamil dan si wanita/isteri itu seorang yang sukakan budak-budak dan sangat teringin untuk memiliki cahaya mata sebaik sahaja berkahwin.

Saya sendiri terkadang merasa tertekan dan sering berusaha menjadi tabah dengan memujuk diri sendiri. Mungkin kerana kami baru menikmati alam percintaan selepas nikah, jadi Allah sengaja memberi masa kepada kami untuk lebih mengenali antara satu sama lain dan untuk lebih banyak masa berdua sebelum Dia memberikan zuriat kepada kami. Itulah yang saya sering fikirkan apabila masih juga gagal untuk hamil. Cuba untuk menjadi positif agar tidak bersedih hati.

Sebagai manusia, kita harus percaya anak juga adalah rezeki dari Allah Ta’ala, sama seperti harta dan kemewahan. Walaupun kita berusaha sehabis baik, tetapi Allah telah menyatakan bahawa ia bukan rezeki kita, maka kita harus terima sahajalah dengan redha. Mungkin kita belum betul-betul berusaha sehabis baik, atau mungkin saja amalan kita belum cukup ataupun kita tidak bertawakkal dan serahkan segalanya kepada Allah. Maka, mungkin disebabkan itu rezeki kita tertahan.

Apa yang penting adalah untuk sentiasa berfikir positif. Mungkin ada yang mengatakan menulis/berkata-kata itu lebih mudah daripada melakukannya. Ya, saya setuju. Memang susah untuk membuatkan diri berfikir positif, tetapi kita harus berusaha untuk berfikiran positif kerana dibimbangi fikiran yang negatif akan membuatkan kita berputus asa dari rahmat Allah. Na’uzubillah.

Jika diikut perasaan memanglah sedih, tetapi kita harus ingat bahawa segala yang Allah tentukan itu ada hikmah yang terselindung. Kalau sudah bertahun-tahun kahwin dan masih belum juga dikurniakan zuriat, janganlah bersedih hati. Setiap wanita yang sudah berkahwin, pasti menginginkan zuriat, namun harus diingat ada lagi kurniaan Allah yang lebih baik daripada itu untuk manusia yang beriman dan yang sabar. Allah telah berfirman di dalam al-quran yang bermaksud:

“Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.” – Al-Anfal:28

“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi shaleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.” – Al-Kahfi:46

“Dan sekali-kali bukanlah harta dan bukan (pula) anak-anak kamu yang mendekatkan kamu kepada Kami sedikit pun; tetapi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal shaleh, mereka itulah yang memperoleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang telah mereka kerjakan; dan mereka aman sentosa di tempat-tempat yang tinggi (dalam surga).” – Saba’:37
“Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu): di sisi Allah-lah pahala yang besar.” – At-Taghaabuun:15

Maka, janganlah kita bersedih hati jika masih belum dikurniakan zuriat. Allah mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Mungkin juga Allah telah menyediakan sesuatu yang lebih baik dari itu untuk kita, sedang kita tidak menyedarinya. Jika masih bersedih hati, atau jika ada antara rakan-rakan atau sanak-saudara yang sering mengasak dengan pertanyaan tentang zuriat, katakanlah kepada diri dan juga rakan-rakan dan saudara tadi maksud daripada ayat quran ini:

“Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki, Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” – Asy-Syuura:49-50

Akhir sekali, jangan lupa untuk membanyakkan amal ibadah kepada Allah. Selalulah meminta pertolongan dan berdoa kepada-Nya. Semoga suatu hari nanti Allah akan memberikan zuriat untuk kita jika itu yang terbaik untuk diri kita dan menggantikan sesuatu yang lebih baik dari itu jika itu bukan yang terbaik untuk kita. Wallahu’alam.

Magnetism and Ka'ba

Assalamu'alaikum

Sekadar renungan kebesaran Allah dan betapa hebatnya ajaran Islam yang disampaikan Nabi Muhammad s.a.w.

Gambar pertama dan kedua adalah gambar sebongkah magnet yang dikelilingi serbuk besi. Serbuk besi kelihatan tersusun sangat rapi dan berlapis-lapis seakan saf-saf solat.

Dan gambar ketiga adalah gambar Ka'bah dikelilingi oleh umat Islam yang sedang bersolat.

Sesungguhnya Allah telah menyatakan dalam al-Quran surah Fussilat ayat ke 53

"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? "





http://www.iium.edu.my/deed/quran/malay/

http://www.emel.com/article?id=78&a_id=2176

Doa Nabi Musa a.s.

Doa Nabi Musa a.s. didalam al-Quran

surah ke-20 Taha, ayat ke 25 hingga 28


Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; 
"Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; 
"Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, 
"Supaya mereka faham perkataanku; 


Terjemahan dari IIUM

http://www.iium.edu.my/deed/quran/malay/

Said [Moses]: "O my Sustainer! Open up my heart [to Thy light],
and make my task easy for me,
and loosen the knot from my tongue
so that they might fully understand my speech,

Terjemahan oleh Muhammad Asad

http://www.islamawakened.com/quran/20/25/

p.s. Boleh amalkan baca doa ni kalau nak pergi meeting dengan supervisor / boss, nak buat perbentangan (presentation) projek, nak jual produk pada pelanggan dan sebagainya.

Jangan tiru mereka

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selawat dan salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad Salallahu ‘alayhi wasallam.

Beberapa ketika dahulu, pernah ada satu artikel yang kerap dikongsi di laman facebook juga blog berkenaan pemakaian tudung yang menyerupai rahib atau biarawati di gereja. Pasti masih ada yang ingat tentang hal itu, kan?

Pada pendapat peribadi saya, hal itu tidaklah menjadi masalah selagi pemakaian tudung kita itu masih lagi mematuhi syarat-syarat seperti menutup bahagian dada dan tidak menampakkan bentuk leher. Yang tidak boleh dipakai adalah apabila tudung yang di pakai (dengan meletakkan pin dibelakang leher) itu jelas menampakkan dada dan juga bentuk leher kita dan bukannya kerana meniru cara biarawati memakai “tudung” mereka. Lagipun sebenarnya biarawati itulah yang meniru pemakaian Islam kerana pemakaian seperti itu telah dijelaskan Allah di dalam al-quran.

Berbalik kepada tujuan asal artikel ini, sebenarnya ada perkara yang lebih parah lagi daripada kes tudung seperti biarawati itu. Perkara itu adalah berkaitan wanita-wanita Muslim yang masih tidak menjalankan kewajipan menutup aurat.

Gambar diambil dari facebook Doodle Dakwah, kredit kepada Nor Abdullah

Jika kita lihat segelintir pakaian wanita-wanita Muslim yang tidak menutup aurat ini, ada yang mengenakan pakaian yang terlalu mencolok mata dan terlalu terdedah. Pakaian yang dipakai adalah pakaian yang telah dipromosikan oleh orang-orang barat yang mungkin beragama Kristian atau Yahudi. Mungkin pada mata orang yang tidak beragama Islam, pakaian ini nampak hebat dan cantik, tetapi ia tidak langsung menunjukkan ciri-ciri Islamik dan sepatutnya tidak menjadi ikutan kita yang beragama Islam.

Bukankah Allah telah berfirman di dalam surah Al-Ahzaab, ayat ke 59 yang membawa maksud :

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Dengan mengenakan “pakaian Islam” yang menutup anggota tubuh yang tidak sepatutnya didedahkan (seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan bagi perempuan), maka wanita Muslim itu akan lebih dikenali sebagai Muslim. Jika kita tidak menutup aurat dan mendedahkan anggota tubuh badan kita, maka kita tiada bezanya dengan wanita yang bukan Muslim.

Jika kita lihat pada fenomena pertama yang saya bawakan iaitu orang yang memakai tudung yang menyerupai biarawati Kristian, pada artikel-artikel mereka pasti ada diletakkan hadis yang bermaksud:

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” - diriwayatkan daripada AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik. Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan lain-lain. Hadis dinilai sahih oleh Ibn Taimiyyah (w. 728H) dan al-Iraqi (w. 806H)  Ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852H) dan al-Albani menyatakan ia ‘hasan’.

Hadis ini mungkin tidak sesuai untuk golongan yang bertudung, tetapi lebih sesuai diberikan kepada mereka yang tidak menutup aurat dan meniru pakaian-pakaian orang-orang barat yang jelas akan menimbulkan fitnah di kalangan masyarakat Islam.

Saya ingin kongsikan juga kata dari al-Imam al-Munawi:

“Jika puak fasik atau kaki berfoya mengkhususkan sesuatu pakaian, maka dilarang untuk seseorang memakainya kerana mungkin boleh menyebabkan orang yang tidak tahu berburuk sangka bahawa dia dalam kalangan mereka (fasik dan kaki berfoya), lalu berdosa yang berburuk sangka dan juga yang disangka buruk disebabkan dia punca sangkaan tersebut” (al-Munawi, Faidh al-Qadir, 6/135. Beirut: Dar al-Kurub al-‘Ilmiyyah).

Daripada kata-kata ini, kita dilarang untuk meniru pakaian mereka yang bukan Muslim terutamanya pakaian yang mencontohi artis-artis bukan Muslim.

Apakah kita bangga untuk dikenali sebagai Muslim atau berbangga jika orang tersalah anggap bahawa melihat kita sebagai seorang bukan Muslim? Jika kita berbangga menjadi Muslim dan dilahirkan sebagai Muslim, marilah kita berusaha untuk mengenakan “pakaian Islam” dengan menutup aurat secara bersederhana (tidak keterlaluan dalam berpakaian). Apabila kita dilahirkan sebagai Islam, biarlah kita dikenali sebagai seorang Muslim. Wallahu’alam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu dari kekhilafan diri saya sendiri.


Bacaan tambahan : website Dr. Mohd Asri Zainal Abidin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...