Pembaca blog mindatahwil sangat dialu-alukan sekiranya ingin berkongsi artikel yang kami paparkan di dalam blog ini. Terima kasih kepada yang memberikan kredit(membuat pautan) kepada kami, tetapi kami tidak kisah jika tidak diberikan kredit. Harapan kami semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya dan kami juga berharap agar pembaca dapat mendoakan kami. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel dalam blog "Minda Tahwil" ini.

.:Kursus Kesempurnaan Solat(1):.

بسم الله الرحمن الرحيم


    Alhamdulillah,pd bulan Februari lepas, aku telah berkesempatan menghadiri ceramah 'Kursus Kesempurnaan Solat' yang telah disampaikan oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR). Sebelum ni aku selalu mengikuti artikel2 di website beliau. Kali ini aku berpeluang mendengar secara 'live' ceramah daripada beliau. Dalam artikel kali ini, aku akan menghuraikan isi ceramah yang telah diberikan.

Mengapa kita bersolat?
  • Solat adalah amalan pertama yang akan dihisab di dalam alam barzakh.
  • Solat merupakan asas kekuatan hubungan individu dengan Allah.
  • Solat merupakan asas kesempurnaan amalan lain.
  • Solat yang terbaik adalah yang dilaksanakan dengan ilmu & bukannya ikutan tanpa ilmu.
  • Tanda keimanan penuh kepada Baginda Salallahu'alaihiwasallam adalah dengan mencontohinya.
1. Berwudhu'

Allah subhanahuwata'ala telah berfirman yang bermaksud:

'Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwudhu'lah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali:..' ~ Al-Maidah:6

  1. Baca Basmalah semasa membasuh tangan (sewaktu air mengena tangan).
  2. Masukkan air ke dalam rongga hidung (semasa mengeluarkan air, syaitan turut keluar).
  3. Berkumur-kumur dan bersugi.
  4. Basuh muka (sewaktu air mengenai muka, niat dalam hati).
  5. Memabsuh tangan sehingga ke siku.
  6. Sapu kepala (tempat tumbuh 3 rambut) - lebih elok lagi jika basuh sebahagian kepala ataupun seluruh kepala.
  7. Basuh kaki sampai ke buku lali atau lebih. - jangan sekadar melalukan air pada kaki. sapulah dicelah2 kaki.
Jika kita pernah mendengar ada doa-doa tertentu sewaktu mengambil wudhu', itu hanyalah untuk membuatkan kita lebih khusyuk ketika mengambil wudhu'. Tiada dalil-dalil tertentu yang menyebut tentangnya.

2. Mengadap Qiblat

Allah berfirman:

'Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan solat), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-haraam (Ka'abah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke arah Ka'abah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan' ~ Al-Baqarah : 149

Bagi musafir: Solat Fardhu & Solat sunat

Daripada riwayat Al-Bukhari yang bermaksud:
"Adalah Nabi Salallahu'alaihiwasallam bersolat di atas kenderaan menurut mana-mana arah yang ada dihadapannya, dan apabila ingin menunaikan solat fardhu baginda turun dan menghadap qiblat"

**
Bagi Mazhab Syafie', jika kita tersilap ijtihad dalam menentukan qiblat, wajib diulangi dengan menghadap ke arah qiblat yang betul. Dalilnya adalah hadith 'Amir bin Rabi'ah yang bererti :

"Baginda di atas kenderaannya bertasbih, mengisyaratkan dengan kepalanya, keadaan Baginda adalah menghadap mana-mana arah menurut kenderaannya, tetapi Nabi Sallahu'alaiwasallam tidak pernah melakukan demikian dalam solat wajib'
- Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Juga hadith dari Ibn Umar yang bererti:

"Aku telah melihat Rasulullah bersolat di atas keldai, sedangkan baginda menghadap Khaybar (yakni bukan Mekah)" - Abu Daud, Malik dan Ibn Hibban

** kalau tak tahu arah, ikut arah yang kita betul-betul yakin.

3. Meletakkan penghadang (sutrah)

Nabi Muhammad telah bersabda yang bermaksud:
"Apabila seseorang kamu ingin bersolat, hendaklah ia meletakkan di hadapannya sesuatu, sekiranya tiada, letaklah tongkat, jika tiada buatlah satu garisan kemudian tiada lagi mudarat sesiapa yang lalu dihadapanmu" - Riwayat At-Tirmidzi, Ahmad & Ibn Hibban : Sohih ; Albani & Arnaout : Dhoif

Hikmah dan falsafahnya:
  • Bertujuan memusatkan pemikiran.
  • Membezakan di antara orang uang sedang bersolat dengan orang di luar solat.
  • Penghormatan kepada pertemuan dengan Allah. - ketika sedang bersolat, Allah sedang memandang ke arah kita. Jika ada orang yang lalu di hadapan kita bererti orang itu tidak menghormati Allah yang sedang memandang ke arah orang yang sedang bersolat itu. Jadi, jika kita meletakkan sutrah, tiada masalah jika orang yang lalu kerana sudah adanya penghalang antara kita dengan yang tidak bersolat itu.
Kesimpulan:

Tidak sampai ke tahap wajib menurut sebahagian ulama. Berdalilkan dengan hadith yang diriwayatkan oleh Ibn 'Abbas ra:

"Nabi Salallahu'alaihiwasallam sedang solat di Mina, tanpa ada menghadap dinding (atau sutrah), kemudian aku lalu di hadapan baginda mengakui beberapa saf (hadapan), dan Nabi tidak mengingkari tindakanku" - Riwayat Al-Bukhari.

Jika ada orang ingin lalu ketika kita bersolat, halangilah dengan menghadangkan menggunakan tangan. Halang dengan sebelah tangan.

Harus diingat!!!!

"Sekiranya seorang yang melalui di hadapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat ini, berkata perawi: aku tidak tahu samada Nabi menyebut empat puluh hari atau bulan atau tahun" - Riwayat Al-Bukhari

"Apabila seorang kamu sedang solat dan mempunyai sutrah menghalangnya, dan jika tiba-tiba ada orang yang ingin mencerobohi hadapannya maka hendaklah ingin menegahnya, jika ia (yang ingin menyeberang) enggan berhenti, hendaklah kamu bersungguh menghalangya kerana ia adalah Syaitan" - Riwayat Al-Bukhari.


Sekian... Akan disambung...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...