Pembaca blog mindatahwil sangat dialu-alukan sekiranya ingin berkongsi artikel yang kami paparkan di dalam blog ini. Terima kasih kepada yang memberikan kredit(membuat pautan) kepada kami, tetapi kami tidak kisah jika tidak diberikan kredit. Harapan kami semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya dan kami juga berharap agar pembaca dapat mendoakan kami. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel dalam blog "Minda Tahwil" ini.

Doa Perlindungan

Assalamu'alaikum pembaca setia blog ini. Terima kasih kerana terus setia membaca entri di dalam blog ini.

Kesinambungan drpd tajuk ragut dibawah ini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu yg saya kutip. Kalau kita lihat, zaman sekarang ni mmg hidup kita dah tak selamat. Dalam rumah pun tidak selamat, apatah lagi ketika di luar rumah. Dibawah ini sedikit adab-adab keluar rumah yg boleh kita amalkan bersama-sama :


1. Keluar rumah dengan melangkah kaki kanan
2. Baca doa keluar rumah
Photobucket

3. Amalkan membaca surah al-fatihah setiap kali keluar dr rumah. Baca doa dalam hati semoga kita dilindungi daripada ancaman manusia-manusia yg jahat, binatang buas serta dilindungi daripada gangguan jin dan syaitan.

Selain drpd doa keluar rumah, ada juga doa-doa yg elok diamalkan khusus utk kaum wanita. Antaranya doanya :

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" [Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan] (Doanya yg diboldkan dgn warna merah)

Doa ini diambil dari hadis sohih dan sesuai dibaca sebagai pelindung setiap kali keluar rumah. Terdapat satu lagi doa sohih yg dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim 'alaihisalam (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi salallahu'alaihiwasallam :
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Doa-doa ini amat bagus untuk kita amalkan. Tetapi jgn pula kita berharap pd doa semata-mata tanpa ada apa-apa usaha kita utk beramal dan beriman kepada Allah. Apa yg penting adalah keimanan kita kepadaNya.

~Carilah keredhaan Allah, kerana disitu letaknya bahagia~

Nota kaki :
[1] Lembaran Ilmu
[2] http://www.geocities.com/pgssajkm/khazanah.htm

Ragut dan Hudud

peragut (hittakuri dalam bahasa jepun) juga berlaku berleluasa dinegara tersebut


Assalamu’alaikum,
Seperti yang telah sedia maklum, baru – baru ini kita selalu terdengar mengenai kejadian ragut dan ianya seakan bermusim pula bila banyak pula kes – kes ragut ini berlaku serentak dalam satu masa. Pada pendapat saya ini bukannya mengikut musim, kes ragut ini berlaku sepanjang masa dan cuma artikel dari akhbar yang sekarang ini banyak fokuskan kepada kes seperti ini yang menyebabkan kita sangkakan ianya bermusim. Ianya berlaku sepanjang masa.
Antara kes ragut yang paling hebah diperkatakan adalah kes ragut yang berlaku keatas Jamilah Selamat (arwah), 31 tahun. Kejadian yang berlaku di Taman Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor ini pada 7.30 malam 3 Mei 2009 hari Ahad dikatakan antara yang paling kejam dimana sehingga mengakibatkan mangsa yang pada masa itu hamil dua bulan maut selepas koma dua hari akibat terjatuh setelah diragut.
Jikalau kita perhatikan kes – kes yang lampau, biar saya imbaskan kembali kes ragut yang menyebabkan kematian dua wanita, juga mati setelah koma selama 18 jam akibat terhantuk semasa diragut. Kejadian ini berlaku pada 14 Jun 2004, 5 tahun yang lepas. Kejadian ragut juga bukan sekadar meragut beg tangan wanita yang sedang berjalan atau menunggang motosikal. Kita perlu tahu bahawa peragut ini sanggup lakukan perkara yang kita tidak akan jangka. Yang berlaku berdekatan dengan saya baru – baru ini, seorang wanita yang selalu berurusan dengan bank (mungkin seorang usahawan) apabila dia baru keluar dari bank dan terus masuk ke kereta dia yang hanya dihadapan bank tersebut juga diragut apabila dia telah masuk kereta dan juga kunci pintu tersebut. Peragut hinggakan akan pecah cermin kereta dan meragut beg tangan wanita tersebut yang berada didalam kereta. Maka kita perlulah sentiasa berwaspada walaupun didalam kereta
Dalam salah satu artikel yang saya sumberkan dalam penulisan kali ini ada memperkatakan bahawa peranan wanita dalam situasi begini iaitu mereka ini perlulah sentiasa berwaspada setiap masa. Memang benar. Tetapi juga bukanlah bermaksud pihak wanita sahaja, kita sebagai seorang rakyat juga haruslah memainkan peranan juga supaya kita secara menyeluruh memberi sokongan dan bantuan dalam bentuk apa cara yang terbaik bagi mengurangkan masalah ini.
Disini saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada pihak polis yang baru sahaja berjaya menangkap suspek bagi kes ragut yang berlaku keatas Jamilah Selamat (arwah). Peragut tersebut akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori kerana mengakibatkan kematian kepada mangsa. Apa yang saya ingin sampaikan sebenarnya dalam artikel kali ini ialah hukuman yang dikenakan keatas peragut – peragut ini.
Hudud adalah salah satu daripada empat kategori hukuman didalam Islam (yang lainnya qisas, diyya dan tazir). Dan hukuman yang patut dikenakan kepada golongan peragut ini telah dinyatakan didalam al-Quran pada surah al-Maidah ayat ke – 38 dimana terjemahannya ialah:
“Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(surah al-Maidah 5:38)
Dan juga surah al-Maidah ayat ke – 33 dimana terjemahannya ialah:
“Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.”
(surah al-Maidah 5:33)
Pendapat saya sudah jelaslah apa yang disuruh didalam al-Quran mengenai hukuman terhadap mereka ini yang meragut atau merompak ini kerana kesalahan ini dianggap serius berbanding mencuri kerana disertai dengan ugutan atau kecederaan kepada mangsa juga trauma. Sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana maka ketahuilah bahawa hukuman hudud ini adalah yang terbaik buat pesalah – pesalah sebegini. Bukankah tiada sebarang syaknya lagi bagi kitab al-Quran mengenai sempurnanya.

“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa”
(surah al-Baqarah 2:2)
Ulasan dan pandangan daripada Imam Syafie r.a. ialah:
"Sekiranya dalam satu kejadian rompakan itu didapati bahawa hanya ugutan dan perampasan harta yang berlaku,tidak melibatkan kecederaan kepada tubuh badan,maka si perompak perlu dipotong tangan kanan dan kaki kiri mereka (secara bersilang).Jika mangsanya dibunuh maka hukumannya qisas (Bunuh balas).Tetapi jika merompak dan membunuh,maka si pelaku perlu disalib dan dibunuh.Jarak masa paling lama antara si pelaku disalib dan dibunuh adalah 3 hari."
Siapalah saya yang dapat mengubah semua ini, hanya sekadar mampu untuk memberi peringatan buat kita bersama.
Ilmu dan Iman,
Amal ?
~fairouzyousof~

Mengapa Doa Tidak Dimakbulkan


Assalamu’alaikum pembaca sekalian. Artikel yang lepas mengenai berdoalah telah kita berbicara satu hala mengenai adab – adab berdoa yang elok kita amalkan berdasarkan beberapa hadith. Lanjutan bagi itu, kali ini saya ingin mengulas sedikit apa yang saya baca dari artikel “Suara Jumaat : Doa yang Tertolak” edaran Pusat Islam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bertarikh 15 Mei 2009. Artikel tersebut menjelaskan mengenai berdoa serta dalil – dalil dari al-Quran, seperti apa yang telah saya kemukakan dalam artikel saya yang lepas tetapi yang ingin ditekankan kali ini ialah mengapa kita berdoa tetapi tidak dimakbulkan sedangkan janji Allah s.w.t. pada ayat ke – 60 surah al-Mukminun yang bermaksud:

“Dan berfirman oleh Tuhan kamu; berdoalah kamu kepada Aku nescaya Aku perkenan bagi kamu.”

Jikalau kita renungkan kisah yang berlaku pada Ibrahim bin Adham (ahli Tasawwuf dan wali Allah yang termasyur). Sedang beliau berjalan di tengah – tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai yang masing – masing ingin mengajukan soalan mengenai kemusykilan agama. Diantara persoalan yang ditujukan itu ialah mengapakah doa mereka ini tidak dimakbulkan padahal mereka selalu berdoa dengan bersungguh – sungguh. Maka Ibrahim bin Adham ini telah memberi jawapan yang ringkas tetapi padat isinya:

“kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara iaitu:-”

1. Kamu mengenal Allah SWT, tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.

2. Kamu sangka bahawa kamu mencintai Rasulullah s.a.w tetapi kamu abaikan sunnahnya.

3. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.

4. Kamu telah menikmati segala macam nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur.

5. Kamu berkata bahawa syaitan adalah musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.

6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak berusaha untuk mendapatkannya.

7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu adalah benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.

8. Kamu telah berkata bahawa mati itu adalah benar tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.

9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu melupakan semua keaiban kamu sendiri.

10. Kamu kebumikan mayat-mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar (pengajaran) daripada mereka.


Tersebut adalah antara mengapa doa – doa kita tidak dimakbulkan dan selain itu juga yang penting kita pastikan adakah doa yang kita pohon itu perkara yang baik belaka atau adakah untuk meminta kemudaratan kepada seseorang ? Panduan yang telah diberi oleh Ibrahim bin Adham seorang ahli sufi ini bolehlah kita gunakan untuk muhasabah diri kita supaya kita tidak tergolong didalam kumpulan ini dan yakinlah dengan janji Allah bahawa doa – doa kita ini akan dimakbul sesungguhnya Allah itu maha mengetahui lagi maha berkuasa.


~fairouzyousof~

Ujian adalah tarbiyyah dari Allah #2

Hidup tidak selalunya indah,
Langit tak selalu cerah,
Suram malam tak berbintang,
Itulah lukisan alam, begitu aturan Tuhan....



Dalam kehidupan kita, tidak selalunya kita melalui kehidupan yg sentiasa mudah laluannya. Kadang-kala kita diuji dengan ujian dan musibah yg menimpa. Pernah tak sesekali kita cuba bermuhasabah diri kita apabila ujian dan musibah ini menimpa diri kita? Tanpa kita sedar, setiap musibah yg berlaku itu adalah kesinambungan drpd perkara-perkara lepas yg pernah kita lakukan. Inilah cara Allah ingin mengingatkan kita akan kesalahan yg pernah kita lakukan. Setiap ujian yg Allah timpakan itu adalah tanda bahawa Dia mengasihi kita. Maka, bersyukurlah kita apabila ditimpa ujian walaupun ujian itu berat dan sentiasalah percaya bahawa Allah telah menjanjikan kenikmatan utk kita diakhirat kelak jika kita bersabar dan redha dgn ujian Allah. Wallahu'alam.

Peranan seorang isteri

Selangkah ke alam perkahwinan bererti selangkah kita menuju ke satu dunia baru. Dunia di mana kita bersama dgn pasangan bakal melayari kehidupan sendiri dengan tanggungjawab sendiri. Bagi seorang perempuan, tanggungjawabnya sudah terletak pada suaminya. Malahan, suaminya perlu didahulukan berbanding kedua org tuanya. Sebagaimana sabda Rasulullah salallahu'alaihiwasalllam yg bermaksud :

Sekiranya Aku boleh menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain , nescaya aku akan menyuruh si isteri untuk sujud kepada suaminya. - (Hadis Sahih riwayat Abu Daud dalam Kitab an-Nikah bab 41 , Tirmizi no : 1159 , Ahmad : 4/381 dan Al-Hakim : 2/187.Ianya disahihkan serta dipersetujui oleh Az-Zahabi)


Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa..” (surah al-Furqan ayat 74)

Apabila kita berkahwin dgn pasangan kita, bererti kita juga harus 'berkahwin' dgn semua anggota keluarganya. Keluarga suami seperti keluarga kita dan ibunya juga perlu dianggap seperti ibu kita sendiri. Allah subhanahuwata'ala juga telah menetapkan bahawa seorang isteri itu wajib menghormati suami dan keluarga suami. Dalam Islam juga telah digariskan bahawa lelaki akan terus bertanggungjawab terhadap ibunya walaupun sudah bernikah dan sebagai isteri, kita tidak boleh menafikan hukum yg telah Allah tetapkan. Mencalarkan hati ibu mertua, samalah ertinya dia telah mencalarkan hati suaminya. Jika kita sering merungut kpd suami kerana melebih-lebihkan ibunya sendiri drpd kita dan jika suami tidak redha perbuatannya, maka derhakalah isteri itu dan dia tidak akan mendapat keredhaan drpd Allah. Na'uzubillah.

Sabda Rasulullah salallahu'alaihiwasallam yg bermaksud :
" Wanita yang menyulitkan suami dalam urusan penghidupan atau memaksa sesuatu yang tidak terpikulkan olehnya, maka Allah tidak akan menerima ibadah dan amal kebaikannya sampai dia bertaubat "

Bagi seorang isteri, dia akan mendapat pahala untuk seluruh kebaikan yg dilakukan suaminya, tetapi tidak menanggung dosa atas setiap dosa suaminya itu.
Untuk menjadi isteri yg solehah, kita harus tahu dan sentiasa tanamkan dalam fikiran kita bahawa tanggungjawab seorang anak lelaki walaupun sudah berkahwin dia masih punya tanggungjawab dan kewajipan kpd kedua ibu bapanya. Dan sbg isteri yg solehah kita perlulah sentiasa mengingatkan suami akan tanggungjawabnya itu.

Demi diriku dalam genggaman-Nya , seseorang perempuan itu tidak dikatakan telah menunaikan hak Tuhannya melainkan setelah ia menunaikan terlebih dahulu hak suaminya.
(HR al-Baihaqi dalam al-Kubra : 29207)

Jika dilihat dlm kaca-kaca TV sering memaparkan kisah-kisah antara menantu dan ibu mertua. Ada antaranya mertua tidak senang dgn menantu, tetapi yg lebih parah adalah kisah menantu yg tidak senang dgn mertua sendiri. Kita perlu ingat, jika tidak kerana ibu mertua kita tiadalah wujud suami kita. Seharusnya kita berterima kasih kpd mertua yg telah melahirkan, membesarkan dan mendidik suami kita sehingga menjadi manusia yg berguna. Anggaplah ibu mertua kita spt ibu kita sendiri dan sayangilah dia spt kita sayangkan ibu kita sendiri.

Sentiasalah ingat bahawa
syurga seorang anak adalah di telapak kaki ibunya manakala syurga seorang isteri adalah apabila taatkan suaminya. Taat bererti patuh kepada perintah dan kehendak suami kecuali apabila suami menyuruh melakukan dosa dan ia menduduki tempat kedua selepas taat kepada Allah dan Rasul.

Akhir kalam, marilah kita berusaha untuk menjadi isteri dan anak yg soleh dan solehah yg diberkati Allah. Wallahu'alam.


~Carilah keredhaan Allah, kerana disitu letaknya bahagia~

Kebaikan Bersujud dari Sudut Kesihatan




Assalamu’alaikum, entry kali ini saya ingin membicarakan mengenai kebaikan bersujud dari sudut kesihatan badan kita. Ulama fiqh menggalakkan agar kita supaya memanjangkan masa sujud kita kerana bersujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. Telah diberitahu bahawa waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”
Sahih Muslim, hadith no. 738
Dengan ini boleh la kita mengamalkan cara berdoa semasa bersujud justeru itu memanjangkan juga masa bagi kita bersujud. Kembali kepada tajuk asal, bersujud baik dari sudut kesihatan menurut Prof Zulkifli Abd Kadir dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) ada beberapa unsur positif yang insyaAllah boleh diperolehi apabila kita bernafas semasa sujud. Ianya adalah seperti berikut:
1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia. (burut)

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru – paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

8. Meringankan bahagian pelvis.

9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

10. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

11. Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastic, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

12. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

13. Mengurangkan kegemukan.

14. Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

15. Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak belakan darah dan oksigen. Ini mengelakkan pendarahan otak jika tiba – tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.


dengan ilmu yang baru kita perolehi ini,
bersertakan iman kita yang sedia ada,
marilah kita mengamalkannya, insyaAllah.

Untungnya Kita Menjadi Orang Islam

1. Bila saya memberi salam kepada seseorang ( bukan hi ! atau hello ! ), saya dapat pahala.


2. Bila saya memberi senyuman kepada seseorang, saya dapat pahala.


3. Bila saya membalas “sallallahu alaihi wassalam” ketika mendengar nama Rasulullah, saya dapat pahala 10 kali ganda setiap kali.


4. Saya sembahyang bersama keluarga jika tidak dapat ke surau atau masjid, saya dapat pahala 27 kali ganda.


5. Saya ajar anak saya perkara yang baik, saya dapat pahala setiap apa yang saya ajar, apa yang mereka amalkan dan orang yang tiru apa yang anak saya amalkan.


6. Saya baca satu perkataan dari al-Quran, saya dapat pahala 10 kali ganda untuk setiap perkataan (berapa yang boleh kita dapat kalau kita baca satu muka surat).


7. Saya mulakan apa – apa perbuatan (yang baik) dengan ‘Bismillah’, saya dapat pahala.


8. Saya memakai seluar yang singkat (atas sedikit dari buku lali), saya dapat pahala (sunnah Rasulullah S.A.W. memakai seluar cara begitu).


9. Saya dapat pahala bagi setiap kutukan terhadap cara saya pakai seluar seperti sunnah Nabi S.A.W.


10. Saya menyimpan janggut, saya dapat pahala.


11. Saya memakai jubah dan kawan saya meniru saya, saya dapat pahala kerana saya pakai dan kerana mereka mengikut saya.


12. Saya membuang email yang tidak elok, saya dapat pahala.


13. Saya memikirkan perkara yang baik – baik, saya dapat pahala.


14. Saya lakukan perkara yang baik – baik, saya dapat pahala 10 kali ganda.


15. Saya dapat pahala bagi semua cerita yang tidak elok yang saya tidak tengok di televisyen.


16. Saya dapat pahala bagi semua lagu yang tidak elok yang saya tidak dengar di radio.


17. Saya menghantar mesej – mesej info Islam, saya dapat pahala.


18. Saya membaca mesej – mesej info Islam, saya dapat pahala.


19. Saya melakukan apa yang diajar dalam mesej – mesej itu, saya dapat pahala.


20. Jika saya tidak yakin dengan maklumat tersebut dan mencari kebenaran melalui sumber – sumber yang betul, saya dapat pahala.


21. Jika kawan saya amalkan mengikut maklumat yang saya hantar pada mereka, saya dapat pahala.


22. Dan jika kawan saya tadi juga hantar maklumat kepada kawan mereka, saya dapat pahala.


23. Walaupun mereka itu hanya baca dan delete selepas membaca, saya dapat pahala.


24. Saya kawal kemarahan saya, saya dapat pahala.


25. Saya belikan gula – gula untuk anak saya, saya dapat pahala.


26. Saya beli kaset atau vcd berkaitan Islam, saya dapat pahala.


27. Saya tonton bersama dengan keluarga saya, saya dapat pahala.


28. Saya amalkan apa yang cd atau vcd itu ajar, saya dapat pahala.


29. Saya takutkan Allah lalu tidak membeli cd cerita yang tidak elok, saya dapat pahala.


30. Saya tidak tonton wayang, saya dapat pahala.


31. Saya minum air dengan pegang gelas menggunakan tangan kanan, saya dapat pahala.


32. Saya pergi membeli – belah dengan menutup aurat, saya dapat pahala.


33. Saya tulis ini, saya dapat pahala.


34. Anda baca ini, anda dapat pahala.


35. Anda ajak kawan anda baca artikel ini, kita semua dapat pahala.

Subhanallah !

saya hanya dapat terangkan sedikit sahaja

perkara – perkara yang kita boleh dapat pahala,

insha Allah.

Cuba fikirkan pahala yang kita dapat daripada kita

bersolat, berpuasa, mengajar, dan sebagainya.

Subhanallah


Glorify Allah Always

Subhanallah

Alhamdulillah

Allahuakbar

Lahowla wolakuwatha illa billa

May Allah make us all the winners of His Jannathul Firdaus.

Amin

karangan asal adalah bahasa Inggeris, telah saya translate kepada bahasa Melayu

click sini untuk sumber saya

~fairouzyousof~


Selamat Hari Ibu



Untuk insan bergelar mama, yang mengandungkan selama 9bulan, berperang hidup dan mati demi melahirkan dan yang membesarkan dengan penuh kasih sayang, SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU.

Ucapan terima kasih yang tak terhingga dari seorang anak belum cukup untuk membalas segala jasa yang telah dikau curahkan. Semoga ALLAH membalas segala jasamu, mama.

Iman semut vs Iman manusia



IMAN SEMUT...


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah
Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah
Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu
yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah
Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada
makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di
tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus
ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah
engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau
makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji
gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan
dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh
dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam
bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi
Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja
oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya
berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum
sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di
atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji
gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu
datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila
kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada
kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah
sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!


IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek
kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil.
Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali
dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali
kubur untuk tanam mayat.Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam,
waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah
penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam
mana rupa mayat setelah di "interview" oleh Munkar Nakir. Dia korek 1
kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu,
penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam,
kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang
mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih
ke belakang?".

Jawab Imam Suffian: Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang
percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa
rezeki di tangan Tuhan".

Wallahu'alam

Berdoalah



Sesungguhnya kita ini merupakan ciptaan tuhan yang tidak pernah lari dari kesilapan dan sentiasa ada kemahuan yang hanya Allah sahaja boleh kita pohonkan bantuan. Melalui surah al-Fatihah yang kita baca setiap rakaat solat menjelaskan bahawa hanya Allah yang kita harapkan pertolongan, walaupun kita mahukan bantuan dari seseorang, tetapi kita perlukan Allah untuk bukakan hati rakan kita itu untuk permudahkan bagi menolong kita.


“Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan”

Surah al-Fatihah 1:5


Dalam surah al-Baqarah ayat ke 186 menjelaskan bahawa Allah akan perkenankan apa yang hambaNya minta dalam doa selagi apa yang diminta itu adalah atas tujuan yang baik, oleh kerana itu kita ini sebagai hamba haruslah melakukan apa yang telah dihukumkan wajib dan meninggalkan apa yang dihukumkan haram sesungguhnya Allah itu maha pemurah.


“……..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”

Surah al-Baqarah 2:186


Adakah kita cukup sekadar melakukan solat seharian 5 waktu sahaja ? Semestinya tidak kerana kita perlu juga berdoa. Kita ini serba kekurangan dan perlukan bantuan setiap masa, maka janganlah kita bersifat sombong dengan tidak memerlukan pertolongan dari sesiapa. Telah dengan jelas diterangkan dalam surah Ghaafir ayat ke 60.


“Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

Surah Ghaafir 40:60


Maka kita berdoalah sentiasa meminta pertolongan daripada Allah S.W.T. dan yakinlah bahawa doa kita ini akan dimakbulkan permintaan kita ini selagi ianya untuk perkara yang baik – baik sahaja, dan setiap kali kita berdoa, kita akan tamatkan dengan “amin” yang memberi maksud “terimalah doa ini”


Berikut merupakan beberapa adab berdoa yang lebih elok untuk kita amalkan:


1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”


2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya.


3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”


4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”


5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.”


6. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.”


7. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”


Maka dengan ilmu yang kita perolehi pada artikel kali ini dapat kita amalkan, insya Allah.


ilmu, iman dan amal


~fairouzyousof~


*Artikel ini dipengaruhi daripada artikel lain

formula berdoa memohon jodoh daripada al-Quran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...