Assalamu’alaikum,
Boleh dikatakan bahawa kesemua kita yang menggunakan flash drive dan hard disk akan mengalami masalah virus ‘autorun.inf’. Virus ini adalah sangat popular kerana ianya merebak dengan sangat mudah apabila berlaku pertukaran maklumat melalui flash drive yang telah dijangkiti virus tersebut. Mungkin juga ada diantara anda yang tidak tahu bahawa virus ini sebenarnya telah menjangkiti computer anda, tetapi terdapat symptom yang boleh kita kenalpasti diantaranya ialah anda tidak dapat open drives pada hard disk anda, apabila anda double click, akan keluar ‘open with’ meminta anda untuk memilih program untuk open hard disk anda, ini adalah masalah. Kemudian juga anda sepatutnya dapati yang anda tidak dapat lagi untuk view hidden files.
Maka disini saya memberikan penyelesaian supaya anda tidak perlu untuk menghantar computer anda untuk diperbaiki ataupun mem’format’ computer anda.
1. Supaya anda dapat view hidden files semula.
Langkah:
1. Click ‘START’
2. Click ‘RUN’
3. Taip ‘regedit’
4. Akan keluar window dan anda perlu explore disebelah kiri,
Pergi ke
“HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\
CurrentVersion\Explorer\Advanced\Folder\Hidden\SHOWALL”
5. Anda sepatutnya akan dapati ‘CheckedValue’ disebelah kanan
6. Double click ‘CheckedValue’ dan ubah nilai kepada ‘1’
7. Selesai.
2. Untuk hilangkan autorun.inf
Langkah:
1. Click ‘START’
2. Click ‘RUN’
3. Taip ‘cmd’
4. Taip ‘cd\’ dan click ‘enter’
5. Taip ‘attrib –r –h –s autorun.inf’ dan click ‘enter’
6. Taip ‘del autorun.inf’ dan click ‘enter’
7. Untuk hard disk yang lain – lain seperti D:\ dan E:\, anda Cuma perlu taip ‘d:’ dan click ‘enter’
8. Ulang proses 4 hingga 6.
9. ‘Restart’ computer anda.
10. Selesai.
FairouzYousof
>