Pembaca blog mindatahwil sangat dialu-alukan sekiranya ingin berkongsi artikel yang kami paparkan di dalam blog ini. Terima kasih kepada yang memberikan kredit(membuat pautan) kepada kami, tetapi kami tidak kisah jika tidak diberikan kredit. Harapan kami semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya dan kami juga berharap agar pembaca dapat mendoakan kami. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel dalam blog "Minda Tahwil" ini.

Bercinta sebelum nikah #2

Dalam artikel “Bercinta Sebelum Nikah” yang lepas, telah dinyatakan bahawa seorang lelaki boleh melihat perempuan yang ingin dikahwininya. Mereka juga boleh mengenal antara satu sama lain bagi tujuan perkahwinan asalkan tidak melampaui batas.
Tetapi, jika kita lihat fenomena budaya ber’couple’ masyarakat sekarang, mereka bercinta sehingga melampaui batas-batas agama. Mereka akan sering bertemu dan keluar berdua-duaan sehingga boleh mendatangkan fitnah bagi yang melihat. Islam melarang lelaki dan perempuan itu berdua-duaan kerana dikhuatiri boleh mendatangkan fitnah selain daripada untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak elok. Ia membuka jalan kearah zina, sama ada kita sedar atau tidak. Mari kita lihat 3 hadith yang berkaitan dengan isu ini:

  •          Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

  •          Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

  •          Rasulullah salallahu ‘alayhi wasalam telah bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya. Dan janganlah seorang wanita keluar dengan seorang lelaki kecuali ditemani mahramnya." (HR Al Bukhari dan Muslim)



Selain itu juga, kita akan sering melihat pasangan anak muda yang belum berkahwin ini, jalan bersama sambil berpegangan tangan ataupun berpelukan tanpa adanya rasa segan silu. Bukan sahaja tidak berasa segan terhadap masyarakat yang melihat, mereka juga tidak berasa segan dan bersalah terhadap ALLAH dan malaikat yang sentiasa memerhati.  Terdapat beberapa hadith yang menegah lelaki dan perempuan berpegangan tangan seperti berikut:

  •         Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata: “Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya.” (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)

  •          Aishah berkata: “Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat.” (Hadis Riwayat Bukhari)

  •          "Sungguh, jika kepala salah seorang daripada anda dicucuh dengan jarum besi yang menyala, itu masih lebih baik daripada anda menyentuh perempuan yang tiada halal bagimu." (HR At Thabrani dan Al Bahaiqi)


Kita mungkin sebenarnya telah tahu akan larangan–larangan berkaitan ber’couple’ ini, namun entah mengapa masih juga degil dan memandang remeh perkara ini. Seperti istilah yang popular, “masuk telinga kanan, keluar telinga kiri”. Adakah sungguh kuat godaan syaitan atau adakah kita memandang remeh maksiat ini? Hanya diri sendiri dan Allah saja yang tahu. Wallahu’alam.


0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...