Pembaca blog mindatahwil sangat dialu-alukan sekiranya ingin berkongsi artikel yang kami paparkan di dalam blog ini. Terima kasih kepada yang memberikan kredit(membuat pautan) kepada kami, tetapi kami tidak kisah jika tidak diberikan kredit. Harapan kami semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya dan kami juga berharap agar pembaca dapat mendoakan kami. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel dalam blog "Minda Tahwil" ini.

Bercinta sebelum nikah #2

Dalam artikel “Bercinta Sebelum Nikah” yang lepas, telah dinyatakan bahawa seorang lelaki boleh melihat perempuan yang ingin dikahwininya. Mereka juga boleh mengenal antara satu sama lain bagi tujuan perkahwinan asalkan tidak melampaui batas.
Tetapi, jika kita lihat fenomena budaya ber’couple’ masyarakat sekarang, mereka bercinta sehingga melampaui batas-batas agama. Mereka akan sering bertemu dan keluar berdua-duaan sehingga boleh mendatangkan fitnah bagi yang melihat. Islam melarang lelaki dan perempuan itu berdua-duaan kerana dikhuatiri boleh mendatangkan fitnah selain daripada untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak elok. Ia membuka jalan kearah zina, sama ada kita sedar atau tidak. Mari kita lihat 3 hadith yang berkaitan dengan isu ini:

  •          Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

  •          Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

  •          Rasulullah salallahu ‘alayhi wasalam telah bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya. Dan janganlah seorang wanita keluar dengan seorang lelaki kecuali ditemani mahramnya." (HR Al Bukhari dan Muslim)



Selain itu juga, kita akan sering melihat pasangan anak muda yang belum berkahwin ini, jalan bersama sambil berpegangan tangan ataupun berpelukan tanpa adanya rasa segan silu. Bukan sahaja tidak berasa segan terhadap masyarakat yang melihat, mereka juga tidak berasa segan dan bersalah terhadap ALLAH dan malaikat yang sentiasa memerhati.  Terdapat beberapa hadith yang menegah lelaki dan perempuan berpegangan tangan seperti berikut:

  •         Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata: “Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya.” (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)

  •          Aishah berkata: “Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat.” (Hadis Riwayat Bukhari)

  •          "Sungguh, jika kepala salah seorang daripada anda dicucuh dengan jarum besi yang menyala, itu masih lebih baik daripada anda menyentuh perempuan yang tiada halal bagimu." (HR At Thabrani dan Al Bahaiqi)


Kita mungkin sebenarnya telah tahu akan larangan–larangan berkaitan ber’couple’ ini, namun entah mengapa masih juga degil dan memandang remeh perkara ini. Seperti istilah yang popular, “masuk telinga kanan, keluar telinga kiri”. Adakah sungguh kuat godaan syaitan atau adakah kita memandang remeh maksiat ini? Hanya diri sendiri dan Allah saja yang tahu. Wallahu’alam.


Solat duha berdasarkan hadith


Assalamu’alaikum,

Solat duha adalah solat sunat yang secara umumnya kita tahu ia adalah solat sunat yang dilakukan ketika pagi apabila matahari sudah terbit hingga sebelum masuknya waktu zohor.

Kebanyakkan berpendapat bahawa fadhilat solat sunat duha adalah sebagai penambah rezeki.

Tetapi disini mari kita melihat kembali apakah itu solat sunat duha berdasarkan hadith – hadith yang sahih semoga amalan kita adalah berlandaskan sunnah Nabi s.a.w yang sebenarnya. InsyaAllah.

Abu Zharr reports that the Prophet s.a.w. said:

"Charity is required from every part of your body daily. Every saying of “Glory be to Allah” is charity. Every saying of “Praise be to Allah” is charity. Every saying of “There is no God but Allah” is charity. Every saying of “Allah is the Greatest” is charity. Ordering the good is charity. Eradicating the evil is charity. And what suffices for that (as a charity) are the 2 rakaat of duha."

Hadith riwayat Ahmad, Muslim, dan Abu Dawud.

From Buraidah that the Prophet s.a.w. said:

"In a human (body) there are 360 joints and man must make a charity for each one." The people said: "Who can do that, O Messenger of Allah?" He responded: "One may cover the mucus that one finds in the mosque or remove something harmful from the road. If one could not do that,he could pray two rak'at of duha and that will be sufficient for him."

Hadith riwayat Ahmad dan Abu Dawud

Maka berdasarkan daripada hadith – hadith tersebut, Imam ash-Shaukani mengulas:

"These two hadith point to the greatness, excellence, and importance of the duha prayer, stressing its legality as its two rak'at suffice for 360 charities.Something like this should be performed regularly and persistently. The hadith also establish the importance of saying 'Glory be to Allah', 'Praise be to Allah', and 'There is no God but Allah.' And [the importance of] ordering thegood, eradicating the evil, removing the spittle, removing what is harmful from the path, and such other acts that will fulfill what is required of a person of daily charities."

http://www.islambasics.com/view.php?bkID=20&chapter=16

Abu Hurairah (Allah have mercy on him) narrates that my beloved companion (the Messenger of Allah, Allah bless him & give him peace) advised me three things:

“To fast three days of every month, to perform the two rakats of Duha, and that I perform my Witr before retiring to bed.”

(Sahih al-Bukhari: no: 1981)

http://qa.sunnipath.com/issue_view.asp?HD=1&ID=4906&CATE=99

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya :

" Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ."

( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/mac99/h_dhuha.htm

Bagi doa untuk solat duha pula, pendapat saya tiada doa khusus, saya berdoa berdasarkan apa yang saya hajati daripada Allah. Sebagai contoh dalam hadith berikut dimana Rasulullah s.a.w. telah memohan tiga perkara.

Anas says:

"During a journey, I saw the Messenger of Allah pray eight rak'at in the early day. When he finished, he said: 'I prayed my prayer wishing and fearing. I asked my Lord for three things and He gave me two and withheld one. I asked Him not to put my ummah to trial by famine and He granted that request. And I asked that they would not be overtaken by their enemies and He granted that request. And I asked that they not be split into groups and parties and He refused that request."'

This is related by Ahmad,an-Nasa'i, al-Hakim, and ibn Khuzaimah who classifies it as sahih.

Dengan ini semoga Allah beri kita hidayah kearah jalan yang lurus dan benar, insyaAllah.


Bercinta sebelum nikah #1

Budaya ‘couple’ bagi masyarakat di negara kita ni memang sangat tidak asing lagi. Sana-sini tak kira yang muda ataupun yang tua, sibuk mencari ‘couple’ masing-masing. Yang tua bercinta dengan cara meraka begitu juga dengan yang muda.

Bercouple atau istilah yang betulnya, bercinta sebelum nikah ini bukanlah suatu budaya yang pelik lagi bagi masyarakat Malaysia yang kebanyakannya beragama Islam. Malah, jika anda tidak bercouple andalah yang akan dianggap pelik.

Mungkin ada segelintir daripada kita akan mengatakan bahawa tidak salah untuk bercinta sebelum nikah. Lagipun, cinta itu adalah anugerah daripada Allah kepada setiap manusia.

Betul, memang tidak salah untuk lelaki dan perempuan itu mengenali dan berhubung antara satu sama lain jika benar niat mereka itu untuk menikah. Malah, Rasulullah Salallahu ‘alayhis wasallam sendiri menyuruh kita melihat dahulu pasangan kita sebelum bernikah. Antaranya dalilnya :

"Telah datang kepada Rasulullah Salallahu ‘alayhi wasalam seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Rasulullah bersabda : "Adakah kamu telah melihatnya? : "Belum jawabnya" ; Rasulullah menjawab :   "Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)" ( Riwayat Muslim).

Juga pesan Rasulullah kepada Mughirah bin Syu'bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita :

" Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya - bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua" ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma'arif ; Sohih menurut Albani ).

Daripada hadith ini, jelaslah bahawa kita boleh untuk mengenali bakal pasangan kita, tetapi bukanlah alasan untuk kita melanggar garis-garis panduan yang telah ditetapkan. Bercinta tidak salah, tetapi yang salahnya apabila lelaki dan perempuan itu bercinta menurut hawa nafsu. Wallahu’alam.

Tawaran Terhebat!!



Teka-teki: Apakah tawaran terhebat yang menanti kita semua? Tawaran ini datang pada sepanjang tahun dan memberi manfaat buat kita?

Jawapannya adalah saf pertama dalam solat berjemaah. Rasulullah Salallahu ‘Alayhi Wasallam telah bersabda yang bermaksud:

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Kalaulah manusia itu tahu keutamaan azan dan saf pertama, tetapi mereka tidak bisa mendapatkannya melainkan dengan jalan diundi, nescaya mahulah mereka diundi. Dan kalaulah mereka tahu keutamaan segera pergi solat, nescaya mereka akan berlumba-lumba ke sana. Dan kalaulah mereka tahu keutamaan solat Isyak dan Subuh berjemaah, nescaya mereka akan mendatanginya, sekalipun mereka akan merangkak. " (Hadis Sahih Muslim No. 0390 Jilid 1 Bab Solat)

Hadith yang sama dari Bukhari:

Berita dari Abu Hurairah r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Ketika seseorang berjalan di suatu jalan; kemudian di menjumpainya sepotong duri di jalan itu, lalu dibuangnya, Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya. Sesudah itu beliau bersabda. pula: "Yang disebut mati syahid itu ada lima macam: 1. Orang mati kena tikam. 2. Orang mati kerana sakit perut (kolera?) 3. Orang mati tenggelam. 4. Orang mati ditimpa tanah longsor (runtuh). 5. Orang yang mati fi sabilillah (mati di medan perang kerana berjuang menegakkan Agama Allah). Kalaulah manusia tahu keutamaan azan dan saf pertama solat berjemaah, tetapi mereka tidak mungkin mendapatkannya kecuali hanya dengan jalan diundi, nescaya mereka akan mahu diundi untuk mendapatkannya. Kalaulah mereka tahu keutamaan solat Zohor (dilakukan tepat pada awal waktu), pastilah mereka akan berlumba-lumba melaksanakannya. Dan kalaulah mereka mengetahui keutamaan solat Isyak dan solat Subuh (dengan berjemaah), pastilah mereka akan memerlukan datang (ke masjid), sekalipun mereka akan merangkak." (Hadis Sahih Bukhari No. 0372 Jilid 1 Bab Solat)


Begitu besarnya ganjaran dan tawaran yang Allah berikan kepada kita jika berada di saf yang pertama sehingga Rasulullah mengandaikan bahawa siapa yang mengetahui kelebihannya, sanggup untuk mengundi untuk berada di saf hadapan. Rasulullah bersabda lagi yang bermaksud;

Dari Abu Hurairah r.a., katanya RasuluUah saw. bersabda: "Saf yang paling baik bagi lelaki ialah saf pertama, dan yang paling buruk ialah saf terakhir sedangkan saf yang paling baik bagi perempuan ialah saf yang terakhir dan yang paling buruk ialah saf yang pertama." (Hadis Sahih Muslim No. 0392 Jilid 1 Bab Solat)

Dan di bawah ini terdapat beberapa lagi hadith sahih yang menceritakan tentang kelebihan saf yang pertama ini.

(1) 

Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Rasulullah saw. pernah memperhatikan para sahabatnya yang suka berada di saf belakang. Lalu beliau bersabda kepada mereka, "Majulah ke depan dan ikutilah aku supaya orang yang dibelakanag mu dapat pula mengikut mu. Memang ada saja orang-orang yang suka di belakang-belakang, sehingga Allah membelakangkan mereka benar-benar." (Hadis Sahih Muslim No. 0391 Jilid 1 Bab Solat)

(2)
Dari Jabir bin Samurah r.a., katanya: "Rasulullah saw. mendatangi kami lalu beliau bersabda: "Apa sebabnya anda mengangkat kedua tangan anda (dalam solat), sehingga ku lihat bagaikan ekor kuda liar? Bersikap tenanglah dalam solat!" Kemudian beliau mendatangi kami pula, dan melihat kami berkelompok-kelompok. Lalu beliau bersabda: "Mengapa ku lihat anda berpisah-pisah?" Kemudian beliau mendatangi kami pula lalu bersabda: "Mengapa anda tidak membuat saf (berbaris) seperti saf malaikat di hadapan Tuhannya?" Tanya kami, "Bagaimana caranya saf malaikat di hadapan Tuhannya?" Jawab beliau, "Mereka penuhi lebih dahulu saf pertama, dan mereka rapatkan barisan mereka." (Hadis Sahih Muslim No. 0383 Jilid 1 Bab Solat)

Oleh itu, untuk para lelaki sama-samalah meramaikan saf pertama dalam solat berjemaah kerana kelebihannya sangatlah tinggi.

Semoga kita semua mendapat manfaat daripada artikel ini. Wallahu’alam. Sekian, wassalam.

Usah berputus harap

Kadang-kala apa yang kita inginkan atau harapkan akan berlaku, tidak akan terjadi seperti yang kita harapkan. Apabila jadi begitu, kita seringkali berasa kecewa dan sedih. Perasaan itu memang tidak dapat kita hapuskan dari hati dan fikiran kita. Tetapi, kita boleh mengawal perasaan itu. Jangan biarkan perasaan itu melarat dan kelak membuat kita jadi manusia yang berputus asa.


Apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita, pasti ada hikmah yang terselindung di sebaliknya. Cuma kita sebagai manusia yang lemah dan hina ini, tidak nampak dan perasan hikmah itu dengan mata kasar kita. Allah yang menciptakan kita, jadi hanya Dia sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba-hambaNYA.


Sebagai manusia, kita kena sentiasa menerima sesuatu yang diberikanNYA itu dengan redha dan sabar. Jangan sesekali kita berputus asa dari rahmatNYA. insyaAllah, suatu hari nanti, Allah pasti akan memberikan seperti apa yang kita inginkan. Bahkan, mungkin apa yang diberikanNYA itu lebih baik dari apa yang kita harapkan.





The Prophet (peace be upon him) said:
'The greater reward comes with the greater trial. When Allah loves a person He tests them; whoever accepts that, will earn divine pleasure and whoever is discontent with that will earn divine wrath.'
[Tirmidhi 2396]

Demi Matahari

video

[1] Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang; 
[2] Dan bulan apabila ia mengiringinya; 
[3] Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata; 
[4] Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita), 
[5] Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya); 
[6] Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya); 
[7] Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); 
[8] Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; - 
[9] Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), 
[10] Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). 
[11] (Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas; 
[12] Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat), 
[13] Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: " (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!" 
[14] (Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya). 
[15] Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil). 

Hadith tentang Puasa Asyura

Salam'alaik~


Di sini terdapat sedikit info berkenaan puasa Asyura yang saya perolehi daripada website al-fikrah (klik di sini). Berikut adalah artikel tersebut:



Puasa 'Asyura' dan Taasuaa' 
Oleh: Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi ha.
Terjemahan: Hj. Kamin

'Asyura' : adalah hari yang ke 10 didalam bulan Muharam, dan Taasuaa' : adalah hari ke 9 darinya, kelihatan dari kumpulan khabaran bahawa hari Asyura' telah dikenali disisi kaum Quraish dimasa Jahiliyah, dan dikenali sebagai hari raya orang Yahudi. Aisyah telah berkata : pada hari Asyura' orang Quraish pada zaman Jahiliyah berpuasa, dan Rasulullah saw berpuasa dengannya. Tatkala tiba Rasulullah di Madinah baginda berpuasa, dan memerintahkan manusia berpuasa dengannya, maka tatkala difardukan Ramadhan baginda bersabda :
"Barangsiapa mahu maka berpuasalah ia, dan barangsiapa tidak mahu, maka boleh meninggalkannya" - [Mutafaq a'laih].
Telah berkata Ibn Abbas : tatkala Nabi saw sampai (iaitu di Madinah) maka beliau telah melihat kaum Yahudi berpuasa 'Asyura', maka baginda bersabda :
"Apa ini", maka mereka menjawab : Hari ini merupakan hari keselamatan, Allah swt menyelamatkan Musa dan Bani Israel dari musuh mereka, maka berpuasalah Musa, Maka baginda bersabda :'Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu'. Maka beliau berpuasa dan memerintahkan agar berpuasa". - [Mutafaq a'laih].
Maka Nabi saw telah memfardukan puasa pada perintah dan keazamannya, sehingga dia menghantar orang memberitahu kepada manusia agar melakukan puasa pada siangnya, walaupun mereka telah makan.
Tatkala difardukan puasa pada bulan Ramadhan maka di hapuskan kefarduan ini (puasa 'Asyura), kembalilah ia menjadi mustahab (sunat) berpuasa sahaja.
Dari Abu Qatadah, beliau berkata : Rasulullah saw bersabda :
"Puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) 2 tahun : yang lepas dan yang akan datang, dan puasa pada hari 'Asyura' menghapuskan (dosa) setahun yang lepas" -[Hadith diriwayatkan oleh semua kecuali al-Bukhari dan Tirmudzi, Nailul Authar, 4/323].
Nabi saw telah memberi perhatian keatas syahsiah (kepribadian) Islamiyah khususnya didalam segala hal, supaya orang Islam memiliki keutuhan dari yang lain, beliau menganjurkan agar berpuasa pada hari yang ke 9, iaitu bersama hari 10, agar dapat membezakan diantara puasa mereka dan puasa ahli kitab.
Dari Ibn Abbas berkata : Rasulullah saw berpuasa pada hari 'Asyura', dan memerintahkan berpuasa, maka mereka berkata :-
"'Ya Rasulullah, sesungguhnya hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasrani!' Maka baginda bersabda :'Maka jika kalau tiba tahun hadapan insyaallah kami akan berpuasa hari ke 9'. Maka dia berkata : Maka tidak datang tahun hadapan sehinggalah Rasulullah saw wafat." -[Hadith riwayat Muslim dan Abu Daud].
Tidak didatangkan apa2 perkara didalam hari 'Asyura' melainkan berpuasa, dan terdapat beberapa orang melakukan perkara seperti berhias, mandi, memakai celak, membelanjakan keluarga, menjadikannya musim atau perayaan dengan menyembelih binatang sembelihan, dan manusia meluaskan lagi. Kesemua ini tidak ada asalnya didalam agama Allah, tidak ada sebarang dalil yang sahih.
Ia kelihatan seperti reaksi perbuatan orang2 syiah yang mengambil hari tersebut sebagai hari bersedih dan berkabung, mereka memukul2 dada, menyepak2 pipi mereka, mengoyak2kan pakaian mereka, mengingatkan mereka tragedi syahid yang dizalim, Hussein bin Ali ra.
Kedua2nya tidak benar, dan kita tidak menghadapi bid'ah dengan bid'ah, dan tidak menghadapi penyelewengan dengan perkara yang sama juga, tetapi dengan cara kembali keseluruhannya keatas apa yang disyariatkan Allah dan Rasulnya.
Berkata Imam Ibn Qayyim :
"Hadith2 mengenai penggunaan celak pada hari 'Asyura', mencantikkan diri, membelanja keluarga, bersolat, dan lain2 yang mempunyai fadhilat, Tidak sahih apa2 mengenainya, dan tidak satu hadith pun, dan tidak datang dari Nabi saw apa-apa darinya, selain dari hadith2 puasanya, dan menganggapnya batil" dan misalnya : "Barangsiapa yang melapangkan (berbelanja) keatas keluarganya pada hari 'Asyura', Allah swt akan melapangkannya sepanjang tahun", maka berkata Imam Ahmad : Hadith ini tidak sah.
Mengenai hadith memakai celak, berhias dan berwangi-wangian : maka ia adalah dari pembikinan pendusta, dan orang2 yang lain mengambilnya dijadikan hari tersebut sebagai hari penderitaan dan dukacita, kedua2 golongan ini merupakan ahli bid'ah dan mereka terkeluar dari al-sunnah.
Ahli al-sunnah melakukan apa yang telah diperintahkan oleh Nabi saw dengan berpuasa, dan mengelak dari Syaitan yang mengarahkan kepada bid'ah. (al-Manar al Munif didalam Sahih da Dha'if, Dar al-Qalam, Beirut, ditahqiq oleh Abu Ghuddah, ms 111-113).
Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah telah ditanya : berkenaan dengan amalan manusia di Hari 'Asyura' mengenai celak, mandi, bersolek, bersalaman (berjabat tangan), memasak biji-bijian, menunjukkan kegembiraan, dan yang lain2 dari syara', apakah ia datang dari Nabi saw dengan hadith yang sahih atau tidak? Jika tidak datang dari hadith yang sahih apa2 mengenainya, apakah mereka melakukannya merupakan bid'ah atau tidak? Begitu juga yang dilakukan oleh kumpulan yang lain seperti menyakiti diri, bersedih dan berhaus-hausan, mengoyak2kan baju, Apakah perkara begitu ada asalnya atau Tidak?
Beliau menjawab : Segala pujian bagi Allah yang memerintah sekelian alam, tidak datang apa2 dari hadith Nabi saw , dan tidak juga datang dari para sahabatnya, dan tidak disunatkan dari Imam2 Islam yang empat, dan tidak selain darinya, dan tidak ada didalam riwayat oleh pencatat2 kitab rujukan sesuatu mengenai hal sedemikian, tidak dari Nabi saw, tidak dari sahabat, tidak dari tabiin, tidak dari buku Shahih, tidak dari Sunan, tidak dari masanid, tidak diketahui apa2 mengenai hadith2 ini dari abad2 yang penting.
Akan tetapi yang ada ialah hadith yang diriwayatkan kepada "sesiapa pada hari 'Asyura' memakai celak maka dia tidak merasa pedih mata sepanjang tahun, dan barangsiapa yang mandi pada hari 'Asyura' tidak akan sakit sepanjang tahun", dan contoh2 yang serupa dengannya.
Mereka meriwayatkan kelebihan (Fadhaa'il) menunaikan solat di hari 'Asyura', dan mereka meriwayatkan pada Hai 'Asyura' Adam bertaubat, berlabuhnya kapal di Bukit Judi, Yusuf kembali kepada Ya'kub, Ibrahim terselamat dari Api, Penyembelihan Kibas (Nabi Ismail) dan sebagainya.
Diriwayatkan didalam hadith maudhu' (palsu) bahawa Nabi saw sesunguhnya :
"Barangsiapa yang melapangkan kaum keluarganya pada hari 'Asyura' maka Allah akan melapangkannya sepanjang tahun". Semua riwayat mengenai Nabi saw (didalam hal ini) adalah dusta, akan tetapi diketahui akan riwayat Sufyan bin Uyainah dari Ibrahim bin Muhammad bin Muntasyir, dari ayahnya berkata : "Telah sampai kepadaku seseungguhnya barangsiapa yang melapangkan ahli keluarganya pada hari 'Asyura' maka Allah akan melapangkan sepanjang tahun" -[Majmu' Fatawa, Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah, 25/229,300].
Syiekh al-Islam mengingatkan : bahawa al-Hussein ra ketika dibunuh secara zalim, beliau syahid dan dimuliakan Allah dengannya dan dipertemukan dengan ahli baitnya yang suci, dan dihina kepada mereka yang zalim dan menyerangnya, dan akan menyertai kumpulan orang2 yang jahat dikalangan manusia.
Ada kumplan yang menjadi Jahiliyyah yang zalim : atau atheist, munafik, dan kumpulan2 yang sesat melampau, yang mana ketaatnyanya kepada ahlu al-bait, mengambil hari 'Asyura' sebagai hari pemakaman, kesedihan dan meratap, menzahirkan syiar Jahiliyyah seperti menampar pipi, mengoyak2kan baju, meratap2 seperti kaum Jahiliyyah.
Bagi menghadapi kaum2 ini, mereka melawan keta'asuban kepada Hussein dan ahlu al-bait. Dan bagi mereka yang jahil yang menghadapi kemusnahan (fasad) dengan kefasadan, pembohongan dengan pembohongan, kejahatan dengan kejahatan, bid'ah dengan bid'ah, mereka memaparkan kebahgiaan dan kegembiraan didalam upacara di Hari 'Asyura', seperti bercelak, bersolek, melapangkan ahli keluarga, memasak masakan yang diluar kebiasaan, dsb, sebagaimana dilakukanpada hari Eid dan perayaan. Mereka menjadikan hari 'Asyura sebagaimana musim menyambut hari Raya dan perkahwinan, sementara golongan yang lain mengambil sebagai hari kematian dan berada didalam keadaan kesedihan. Semua kumpulan2 ini salah dan terkeluar dari sunnah. [Majmu' fataawa 25/307-310].

Semoga kita mendapat pengajaran daripada artikel tersebut. Wallahu'alam. 

kelajuan cahaya berdasarkan pengiraan al-Quran


Calculate speed of light from Quran -

Penjimatan Elektrik - Lampu

1. assalamu'alaikum.

2. Sebagai tambahan artikel yang telah saya siarkan lepas "pengiraan & penjimatan elektrik", kali ini saya ingin menerangkan sedikit tip - tip bagaimana kita dapat menjimatkan penggunaan elektrik bagi lampu luar rumah.

3. Kebiasaannya kita akan membiarkan sekurang - kurangnya 1 lampu untuk menerangkan luar rumah, dan lampu ini dinyalakan bermula 7 petang hingga ke 7 pagi iaitu selama 12 jam.

4. Masalah disini ialah kita secara manual perlu On dan Off suis lampu tersebut, juga kita mungkin terlupa untuk off maka berlaku pembaziran.

5. Masalah boleh diselesaikan dengan 4 kaedah / cara yang saya ingin terangkan disini.

Kaedah pertama : Outlet timer
Outlet timer adalah sebenarnya outlet yang dapat disetkan masa operasi on / off.

Dengan menggunakan outlet timer ini, secara automatik lampu luar dapat dinyalakan dan dipadamkan. Mengelakkan pembaziran elektrik.

Kebaikan tambahan adalah sekiranya kita balik rumah lewat / malam, lampu luar telah bernyala. Juga ketika kita balik kampung, rumah yang ditinggalkan juga terang pada malam secara automatik.

Kaedah kedua : wall mounted motion / light sensor
Seperti outlet timer, sensor ini akan beroperasi menyala / memadamkan lampu dengan mengesan cahaya diluar rumah.

Sekiranya siang, sensor ini akan mengesan cahaya matahari kemudian memadamkan lampu luar rumah.

Sekiranya malam, sensor tidak mengesan cahaya matahari lalu menyalakan lampu luar rumah.

Kaedah ketiga : lampu flourescent


Dengan menukarkan lampu incandescent kepada lampu flourescent kita boleh menjimatkan penggunakan elektrik sehingga sebanyak 80% dengan masih mendapat kecerahan yang sama.

lampu incandescent (mentol) memanaskan wire filamen yang halus sehingga bercahaya, pemanasan ini menggunakan tenaga elektrik yang banyak.

lampu flourescent (kalimantang) menggunakan elektrik untuk membuat phosphor menyala dengan terang. Lagi menjimatkan elektrik.

* jangka hayat lampu flourescent tahan lebih lama daripada mentol.

Kaedah keempat : electronic ballast

Mungkin ramai tidak tahu bahawa lampu pendaflour menggunakan magnetic ballast. Magnetic ballast ini mempunyai 'power factor' yang sangat rendah.

Power factor memberi kesan dari segi penggunaan tenaga,
Lagi rendah power factor, lagi banyak tenaga yang digunakan untuk mendapatkan keluaran (cahaya).
Power factor yang tinggi, kurangkan tenaga yang diperlukan untuk mendapatkan keluaran (cahaya) yang sama.

* nilai power factor yang ideal adalah 1.0

Kaedah terbaik adalah menukarkan magnetic ballast kepada electronic ballast, electronic ballast mempunyai power factor yang tinggi (ex: 0.95)
Magnetic ballast mempunyai power factor yang rendah (ex: 0.45)



Bulan-bulan Islam

Salam Maal Hijrah~

Pada hari ini, jika disuruh menyebut bulan-bulan Islam mengikut turutan, pasti ada antara kita yang akan tergagap-gagap untuk menyebutkannya. Mungkin juga antara kita cuma tahu bulan-bulan tertentu seperti Muharram, Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah, selebihnya tidak dapat diingati.

Saya sendiri tidaklah menghafal bulan-bulan dalam Islam sehinggalah saya mendengar lagu nasyid daripada kumpulan Alarm-me. Pada entri kali ini, saya akan membawakan lagu nasyid tersebut supaya kita semua dapat menghafal bulan-bulan dalam Islam. Mari sama-sama kita hayati lagu nasyid ini ~~

video

Muharram
Safar
Rabi'ul Awwal
Rabi'ul Akhir
Jamadil Awwal
Jamadil Akhir
Rejab
Sya'aban
Ramadhan
Syawal
Zulka'edah
Zulhijjah

Salam Maal Hijrah

Kepada semua pengikut blog mindatahwil, kami ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1432H. Semoga di tahun yang baru ini, memberikan satu kehidupan baru yang lebih bermakna buat kita semua.

Intellectual Humility

Tegur atau tidak?

Sebuah hadith mauquf* dari Aisyah RadhiAllahu anha,
"Sesiapa yang mencari keredhaan Allah menyebabkan manusia lain marah kepadanya, Allah akan terus redha kepadanya dan menjadikan hati-hati orang lain juga redha kepadanya.
Sesiapa yang mencari keredhaan manusia, menyebabkan Allah murka kepadanya, Allah akan terus murka kepadanya, dan menjadikan manusia lain benci kepadanya."

Hadith sahih Ibn Hibban (Kitab al-Bir wa al-Ihsan, no. 276)
rujuk juga Kitab al-Ilal, no. Masalah 1800, halaman 1247 mengenai sanad hadith mauquf tersebut.


Apabila melihat kemungkaran yang dilakukan oleh rakan-rakan terdekat kita, seringkali kita (termasuk diri saya sendiri) akan berfikir dua, tiga kali sama ada ingin menegur mereka ataupun tidak.

Kita sering akan memikirkan bagaimana penerimaan rakan tersebut apabila ditegur. Adakah rakan kita itu boleh menerima teguran kita? Tidakkah dia akan marah dan kemungkinan tidak akan berkawan dengan kita lagi?

Persoalan itu kerap bermain di fikiran. Kita lebih takutkan kemarahan rakan (manusia) berbanding dengan kemurkaan Allah. Sedangkan kita tahu, Allah sentiasa ada bersama kita.




Jika kawan kita itu tadi memarahi kita, kita masih punyai Allah. InsyaAllah, suatu saat Allah pasti memberikan hidayah kepada kawan tersebut dan semoga dia akan menyesali perbuatannya memarahi sesiapa yang menegurnya.

Hadith Abu Said Radhiallahu anh:

Diriwayatkan daripada Tariq bin Syihab r.a katanya:

Orang pertama yang berkhutbah pada Hari Raya sebelum sembahyang Hari Raya didirikan ialah Marwan.
Seorang lelaki berdiri lalu berkata kepadanya: Sembahyang Hari Raya hendaklah dilakukan sebelum membaca khutbah.
Marwan menjawab: Sesungguhnya kamu telah meninggalkan apa yang ada di sana.
Kemudian Abu Said berkata: Orang ini benar-benar telah membatalkan apa yang menjadi ketentuan kepadanya sedangkan beliau pernah mendengar Rasulullah Sallahu ‘alayhi wasallam bersabda:

Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.”

Bukhari - Kitab Jumaat, no. 903
Muslim - Kitab Iman, no. 70
Tirmizi, Nasai, Abu Daud, Ibnu Majah, dan Ahmad Ibnu Hambal


Semoga diri ini dan kita semua tidak tergolong dalam golongan manusia yang mempunyai selemah-lemah iman ini. InsyaAllah. Wallahu’alam.

Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan





Kepala urusan (kehidupan) ini adalah Islam dan tiangnya adalah solat (Hadith Sahih, oleh Ibn Majah dan An-Nasa’ie dalam As-Sunan Al-Kubra. Dihukum sahih oleh Al-Albani dan Al-Arnaut.)

Seperti yang selalu kita dengar, solat meruapakan tiang agama. Setiap umat Islam yang sudah mencapai usia baligh, dan berakal diwajibkan untuk menunaikan solat 5 waktu sehari semalam sebagai tanda kita beriman kepada Allah.

Perkara pertama yang akan dihisab di akhirat kelak adalah solat kita sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah Salallahu’alayhi wasallam yang bermaksud:

“Rasulullah Salallahu ‘alayhi wasallam bersabda : perkara pertama yang akan dinilai oleh Allah Subhanahu wa ta’ala di akhirat kelak adalah solat, oleh itu, jika seseorang hamba itu baik solatnya maka dia akan mendapat kejayaan dan sebaliknya pula jika dia tidak menyempurnakannya, dia akan mendapat kekecewaan dan kerugian.” [ Diriwayatkan oleh At-Tabrani]

Di dalam al-quran juga terdapat  beberapa perintah mengenai kewajipan menunaikan solat . Antaranya adalah:

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa. – (Quran,Taahaa;132)

Allah berfirman lagi di dalam surah An-Nisaa, ayat ke 103 yang bermaksud:

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (An-Nisaa;103)

Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala solat fardu, khasnya solat Wusta (solat Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam solat kamu) dengan taat dan khusyuk.(Quran, All-Baqarah; 238)

Sesungguhnya, banyak kebaikan yang kita perolehi dengan mendirikan solat 5 waktu. Seperti firman Allah dalam beberapa ayat di bawah ini:

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.(Quran, Al-Ankabut;45)

FirmanNya lagi:
Dan dirikanlah solat (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama solat) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.(Quran, Hud; 114)

Setiap muslim yang beriman, yang mengerjakan solat dengan khusyuk dan sempurna, akan diberikan ganjaran pahala dan nikmat rezeki tidak kira sama ada di dunia ini, mahupun di akhirat kelak.

Dan dirikanlah kamu akan solat serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul Allah; supaya kamu beroleh rahmat.(Quran, An-Nuur; 56)
Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat) (Quran, Al-Jumu’ah; 10)
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; (Quran, Faatir; 29)

Orang-orang yang bersolat, adalah tergolong dalam golongan umat yang berjaya.

Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh), Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk). (Quran, Al-A’laa; 14-15)
Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh, Menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik. Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan memberi zakat, serta mereka yakin tentang adanya hari akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat hidayah petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya. (Quran, Luqman; 2-5)

Terdapat banyak lagi firman-firman Allah di dalam al-quran dan juga hadith-hadith Nabi mengenai kewajipan dan kelebihan solat ini. Untuk menjadi seorang mukmin yang berjaya di dunia dan akhirat, kita hendaklah mengerjakan solat dengan sempurna. Solat juga menjadi bukti kesyukuran kita kepada Allah yang telah memberikan nikmat kehidupan kepada kita.
Kalau kita sanggup beratur berjam-jam lamanya untuk membeli tiket konsert ataupun perlawanan bola, mengapa tidak kita luangkan masa selama beberapa minit untuk menghadap Allah?

Sebagai penutup, saya sajikan 2 ayat daripada Al-quran ini sebagai bacaan kita untuk bersama-sama kita mengingatkan diri kita agar sentiasa bersolat walau dalam apa jua keadaan.

(Maka) kepada Tuhanmu lah - pada waktu itu - engkau dibawa (untuk menerima balasan). (Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)! Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar! Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah. (Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat! Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak. (Quran, Al-Qiamah; 30-35)


Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang - (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya), Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya). (Quran, Al-Ma’un; 1-7)


Semoga sahaja kita tidak tergolong dalam golongan manusia yang lalai dalam menyempurnakan ibadah solat. Akhir kalam, solatlah kamu sebelum kamu disolatkan. Wallahu’alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...