Pembaca blog mindatahwil sangat dialu-alukan sekiranya ingin berkongsi artikel yang kami paparkan di dalam blog ini. Terima kasih kepada yang memberikan kredit(membuat pautan) kepada kami, tetapi kami tidak kisah jika tidak diberikan kredit. Harapan kami semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya dan kami juga berharap agar pembaca dapat mendoakan kami. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel dalam blog "Minda Tahwil" ini.

two blessings many people lose


Assalamu'alaikum (peace be upon you),

1. Tertarik saya dengan sebuah hadith yang sangat pendek tetapi sungguh mendalam maksudnya ini, iaitu hadith dari Rasulullah s.a.w bahawa baginda bersabda:

"There are two blessings which many people lose: (They are) Health and free time for doing good."

2. Hadith tersebut adalah dari Ibn 'Abbas yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitab beliau bab "To make the Heart Tender (Ar-Riqaq)" [sumber]

3. Didalam hadith tersebut mengatakan ramai manusia mengsia-siakan rahmat yang Allah bagikan kepada mereka ini iaitu kesihatan dan masa.

4. Dari hadith ini kita perlu sedar bahawa sekiranya Allah ingin menimpakan kita dengan azab demam, patah kaki, serangan jantung secara tiba-tiba atau apa jua sakit sekali pun, sebenarnya bila-bila masa juga Allah boleh turunkan. Maka bersyukurlah kita sekarang ini berada dalam kesihatan yang sempurna.

5. Kemudian hadith tersebut juga menyebut 'masa' dan Allah telah berikan masa secara adil kepada semua orang. Tetapi siapa yang menggunakan masa untuk melakukan perkara kebaikkan, maka mereka itulah yang sebenar-benarnya mendapat rahmat dari Allah.

6. Hadith ini boleh juga kita kaitkan dengan surah al-'Asr, surah yang juga sangat pendek mengandungi 3 ayat sahaja tetapi maksud yang sungguh mendalam.

"Demi Masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."

surah al-'Asr, ayat 1 hingga 3 [sumber]

7. Dengan jelas surah ini mengatakan bahawa kesemua manusia ini sebenarnya dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman, beramal soleh, berpesan-pesan yang benar dengan penuh kesabaran. Mungkin rakan-rakan yang kita tegur akan kesalahan itu mencemuh kita, tetapi Allah suruh kita sentiasa bersabar, sesungguhnya Allah telah menjanjikan kejayaan kepada golongan yang beriman.

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,"

surah al-Mu'minun, ayat 1 [sumber]

8. Akhir sekali, marilah kita menghayati nas-nas yang telah kita lihat tadi, hayatilah dengan dalam maksudnya, kemudian marilah kita amalkannya. Kerana yang melengkapkan semua ini adalah:

ilmu, iman dan amal

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...