Pembaca blog mindatahwil sangat dialu-alukan sekiranya ingin berkongsi artikel yang kami paparkan di dalam blog ini. Terima kasih kepada yang memberikan kredit(membuat pautan) kepada kami, tetapi kami tidak kisah jika tidak diberikan kredit. Harapan kami semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya dan kami juga berharap agar pembaca dapat mendoakan kami. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel dalam blog "Minda Tahwil" ini.

Hair, Humps and Hell



Assalamu’alaikum,

Telah menjadi satu fesyen baru masa kini dimana golongan wanita khasnya remaja mengikat rambut mereka dengan membuat gumpalan diatas kepala.

Kemudian mereka ini akan memakai tudung / hijab dan gumpalan rambut tadi akan menampakkan seolah – olah bonggol unta diatas kepala. Ini yang dikatakan fesyen terkini dan ini pada sebahagian dikatakan cantik.
Ada juga mereka mengatakan tidak cantik fesyen sebegini. Terpulang. Setiap orang berlainan pendapat dan kita hormati pendapat masing – masing.

Namun bagaimana pula pendapat Rasulullah s.a.w. berkenaan dengan kaedah menggayakan rambut sebegini? Oleh itu kita pandukan sebuah hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Huraira seperti berikut:

Abu Huraira reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying:

Two are the types amongst the denizens of Hell, the one possessing whips like the tail of an ox and they flog people with their help. (The second one) the women who would be naked in spite of their being dressed, who are seduced (to wrong paths) and seduce others with their hair high like humps. These women would not get into Paradise and they would not perceive the odour of Paradise, although its frag- rance can be perceived from such and such distance (from great distance).

Kitab Sahih Muslim, Book 40, Hadith no. 6840

Hadith tersebut membicarakan 2 golongan ahli neraka dimana satu golongan itu adalah mereka yang mempunyai cemeti (whips) seperti ekor seladang (ox) dan memukul orang ramai dengan cemeti tersebut.
Satu golongan lagi adalah wanita yang telanjang walaupun berpakaian dan cuba memikat perhatian orang lain dengan rambut yang tinggi seperti bonggol unta.

Golongan – golongan ini tidak akan dapat masuk syurga mahupun hidu bau syurga sedangkan bau syurga itu dapat dihidu walaupun dari jarak yang amat jauh.

Sebahagian berpendapat bahawa maksud hadith ini adalah golongan yang lain dan tidak boleh untuk diterjemah secara terus. Pendapat lain mengatakan golongan yang memegang cemeti itu bermaksud pemerintah yang zalim.

Sungguh pun fesyen ini masih menutup aurat menggunakan tudung, pada pendapat saya adalah lebih baik bagi mereka ini untuk meninggalkan fesyen rambut demikian bagi mengelakkan terlibat dalam perbezaan pendapat ini.

"lebih elok meninggalkan fesyen tersebut bagi mengelakkan terlibat dalam perbezaan pendapat"

Allah Maha Mengetahui.

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...