Pembaca blog mindatahwil sangat dialu-alukan sekiranya ingin berkongsi artikel yang kami paparkan di dalam blog ini. Terima kasih kepada yang memberikan kredit(membuat pautan) kepada kami, tetapi kami tidak kisah jika tidak diberikan kredit. Harapan kami semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya dan kami juga berharap agar pembaca dapat mendoakan kami. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel dalam blog "Minda Tahwil" ini.

Katakan tidak pada Hari Valentine


Hari ini, tanggal 14 Februari di katakan Hari Kekasih. Hari untuk berkasih sayang. Di mana pada tarikh ini, pasangan kekasih akan menyambutnya bersama-sama tak kira sama ada sekadar berbalas hadiah ataupun meraikannya dengan cara keluar makan berdua (candle light dinner).

Tak kira bagaimana sekalipun cara sambutannya, sebagai umat Islam kita harus ingat bahawa perayaan ini bukan amalan kita. Sejarah tentang hari valentine ini juga begitu jelas bertentangan dengan Islam dan sudah acapkali telah didedahkan supaya kita semua faham dan tidak terus-terusan menyambutnya.

Barangsiapa meniru sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian dari mereka
(Direkodkan oleh Abu Daud, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a, Sunan Abu Daud, no: 4031, Ibn Hibban, no: 437 dalam Bulughul Maram, hadis ini sahih, Zaila’ie dalam Nusub ar-Rayah, 4/347, Haithami, Majmak Zawaid, 10/274, Fathul Bari, Al-Hafidz al-Asqalani, 6/166, 10/282 – darjat hadis: hasan, Al-Albani, Ghayatul Maram, no: 198, darjat hadis: Sahih.) (sumber)

Jadi, sebagai umat Islam, kita patut katakan tidak pada Hari Valentine ini. Sekian.

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...