![]() |
| Gambar ihsan Google Image |
Assalamu’alaikum,
Artikel saya pada kali ini ingin membicarakan mengenai kesederhanaan dalam cara perbelanjaan.
Bagaimanakah cara berbelanja yang disarankan dalam Islam berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah? Berikut ada beberapa nas yang saya ambil dari kitab Riyad as-Salihin karangan Imam Nawawi dalam bab:
“Contentment, self-restraint, moderation in life style and spending, and criticism of asking without necessity” (sumber)
Daripada Al-Quran, surah Al-Fuurqan (25), ayat ke 67:
“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.” (Sumber)
Ayat tersebut sepatutnya dengan mudah kita boleh faham akan cara berbelanja.
Allah telah memberikan garis panduan secara umum dan cukup mudah bagaimana kita patut ikuti dalam segala aspek perbelanjaan duit/harta kita.
Kita pasti sentiasa berdepan dengan situasi dimana kita harus membuat pilihan dalam memilih barang sama ada ketika membeli kereta, laptop, rumah, televisyen dan sebagainya. Maka ketika situasi inilah kita harus kembali kepada ayat Allah seperti diatas tadi iaitu garis panduan dalam membelanjakan harta.
Dan ingatlah, Allah meredhai akan apa yang kita belanjakan sekiranya kita bersederhana. Itulah yang sangat penting.
Kerana kita kadang-kala terlupa untuk bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan, maka kita tidak rasa cukup akan sesuatu perkara. Sesungguhnya seorang muslim yang berjaya adalah mereka yang sentiasa bersyukur, seperti dalam hadith riwayat Muslim dibawah:
'Abdullah ibn 'Amr reported that the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, said, "The successful one is he who becomes Muslim, has adequate provision and whom Allah makes satisfied with what He gives him." [Muslim]
Maka marilah kita jadi seorang muslim yang berjaya dan diredhai Allah dengan cara membelanjakan harta kita secara sederhana dan sentiasa bersyukur dengan apa yang telah ada.
Insya Allah.

0 komen:
Catat Ulasan