Pembaca blog mindatahwil sangat dialu-alukan sekiranya ingin berkongsi artikel yang kami paparkan di dalam blog ini. Terima kasih kepada yang memberikan kredit(membuat pautan) kepada kami, tetapi kami tidak kisah jika tidak diberikan kredit. Harapan kami semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya dan kami juga berharap agar pembaca dapat mendoakan kami. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel dalam blog "Minda Tahwil" ini.

Menjadi Pemimpin Kepada Isteri


Assalamu’alaikum,
Saya terbaca artikel dari suratkhabar The Star bertajuk “Daphne is Dahlia with a new darling” bertarikh 26hb Febuari 2011.
Artikel tersebut memberitahu bahawa selebriti terkenal bernama Daphne Iking telah pun memeluk Islam dan berkahwin dengan seorang lelaki Muslim.
Alhamdulillah, all praise is due to Allah.
Allah telah memberikan hidayah kepada insan ini supaya menerima Islam sebagai agama dan menyembah tiada tuhan melainkan Allah.
Maka sebagai sebuah keluarga Islam, segala panduan kekeluargaan adalah berdasarkan dari al-Quran dan as-Sunnah.
Telah disebut dalam al-Quran surah an-Nisaa ayat ke 19 yang bermaksud:
Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).
Ayat diatas telah dengan jelas menerangkan maksudnya.
Juga daripada hadith Rasulullah s.a.w. dalam sahih Muslim juga dalam dalam kitab – kitab hadith lain bermaksud:
"Woman was created from a rib, and you will never find any means to straighten her. If you wish to benefit from her, you can benefit from her in spite of her crookedness. If you try to straighten her, you will break her, and breaking her means divorcing her."
Yang dimaksudkan dalam hadith tersebut adalah wanita ini bengkok seperti bengkoknya tulang rusuk, dan ‘bengkok’ itulah kelemahan wanita tersebut. Tetapi ‘bengkok’ itu hanyalah kecil berbanding kelebihan mereka yang lain sebenarnya. Maka jika suami itu masih lagi hendak perbetulkan ‘bengkok’ itu, kemungkinan akan patahlah ‘tulang’ itu, kemungkinan juga ‘patah’ itu maksudnya penceraian. Tetapi jika suami menerima seadanya ‘bengkok’ pada ’tulang’ tersebut, insyaAllah bahagialah rumahtangga.
Seorang isteri tidaklah pernah lari dari buat salah, tetapi seorang suami itu janganlah diungkit – ungkit akan kesalahan tersebut, bukankah mereka lagi banyak membuat kebaikan daripada kesalahan. Ini disebut dalam hadith sahih riwayat Imam Muslim.
Abu Hurayra reported that the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, said, "A believing man should not hate a believing woman. If he dislikes something in her character, he should be pleased with some other or another­ trait of hers."
Kemudian saya akhiri dengan hadith terakhir yang sungguh ringkas dan mendalam akan maksud jikalau kita menghayatinya. Wasiat Rasulullah kepada semua golongan lelaki.
Abu Hurayra stated, "The Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, said, 'The most perfect of believers in belief is the best of them in character. The best of you are those who are the best to their women.'"
[at-Tirmidhi]

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...