Pembaca blog mindatahwil sangat dialu-alukan sekiranya ingin berkongsi artikel yang kami paparkan di dalam blog ini. Terima kasih kepada yang memberikan kredit(membuat pautan) kepada kami, tetapi kami tidak kisah jika tidak diberikan kredit. Harapan kami semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya dan kami juga berharap agar pembaca dapat mendoakan kami. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel dalam blog "Minda Tahwil" ini.

Kisah isteri yang taat


Semasa di pinang suami tidak lama dahulu, abah pernah berpesan kepada saya supaya kelak apabila sudah bergelar isteri, harus sentiasa taat dan patuh pada suami selagi mana ianya tidak bertentangan dengan syarak. Sempat abah ceritakan kepada saya satu kisah di zaman Rasulullah, tentang seorang isteri yang taat kepada perintah suaminya. Masih saya ingat kisah isteri yang taat itu. Kisahnya begini...

Pada zaman Rasulullah dahulu, ada seorang lelaki/suami yang akan pergi berperang. Sebelum keluar berperang, beliau sempat berpesan kepada isterinya supaya tidak meninggalkan rumah sehinggalah beliau pulang dari peperangan.

Kebetulan sewaktu suaminya masih di medan perang, datang seseorang menyampaikan berita kepada si isteri bahawa bapanya sedang sakit tenat. Lalu, si isteri itu pun mengutuskan seseorang untuk bertanyakan kepada Rasulullah, apakah yang harus dia lakukan.

Rasulullah salallahu ’alayhi wasallam lalu bersabda kepada utusan tersebut: “Agar dia mentaati suaminya.”

Maka, si isteri itu pun tidak berani keluar dan mentaati perintah suaminya. Kemudian, utusan itu datang lagi kepada si isteri itu memberitahu  bahawa ayahnya telah meninggal dunia. Disebabkan perintah suaminya yang tidak membenarkannya  meninggalkan rumah, si isteri itu tadi tidak dapat melihat mayat ayahnya, tetapi dia tetap bersabar sehingga suaminya pulang dari peperangan.

Akhirnya, Rasulullah membawa perkhabaran gembira kepada si isteri itu. Ayahnya yang telah meninggal dunia itu akan masuk ke syurga disebabkan ketaatan si isteri itu kepada suaminya.

Versi lain yang saya baca, Allah mewahyukan kepada Rasulullah : “Sesungguhnya Allah telah mengampuni dosa wanita itu disebabkan ketaatannya kepada suami.”

Rasulullah salallahu ‘alayhi wasallam pernah bersabda yang bermaksud:

Kalaulah aku dibenarkan memerintah seseorang sujud kepada seorang yang lain, nescaya akan kuperintahkan perempuan sujud kepada suaminya [riwayat at-Tirmidhi dan lain-lain]

 Wallahu’alam.

HR : Teringat pesan ibu agar sentiasa minta izin suami jika hendak ke mana-mana, hatta ke tempat kerja.

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...