Pembaca blog mindatahwil sangat dialu-alukan sekiranya ingin berkongsi artikel yang kami paparkan di dalam blog ini. Terima kasih kepada yang memberikan kredit(membuat pautan) kepada kami, tetapi kami tidak kisah jika tidak diberikan kredit. Harapan kami semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya dan kami juga berharap agar pembaca dapat mendoakan kami. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel dalam blog "Minda Tahwil" ini.

Dah bersedia nak sambut 1 Syawal?

Tinggal lagi beberapa hari sahaja sebelum umat Islam di seluruh dunia menyambut perayaan Aidilfitri. Perayaan tanda kemenangan umat Islam yang telah berjaya menahan nafsu, lapar dan dahaga sepanjang sebulan Ramadhan ini.

Sudah bersedia untuk menyambut 1 Syawal? Pasti ramai yang akan memberikan jawapan “Ya”. Segala keperluan sudah pun disiapkan sempena menyambut kedatangan Syawal ini. Baju baru, kasut baru, perkakasan rumah baru, semuanya sudah pun disediakan. Tinggal untuk menanti kedatangan Syawal sahaja.

Soalnya, adakah kita benar-benar telah bersedia untuk menyambut kedatangan 1 Syawal itu? Datangnya Syawal, bermakna perginya Ramadhan. Sudah bersediakah kita meninggalkan bulan Ramadhan ini? Bulan yang penuh dengan keberkatan, bulan yang ALLAH Subhanahu wa ta’ala janjikan pengampunan juga bulan di mana terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan (rujuk surah Al-Qadr).

Mungkin bagi sesetengahnya, berasa berat hati untuk meninggalkan bulan Ramadhan. Terasa belum puas untuk terus beramal dan mendapatkan pengampunan dari ALLAH. Belum puas untuk mendapat pahala dalam solat-solat (sunat) malamnya.

Mungkin juga ada yang sudah bersedia dari segi mental dan fizikal. Bersedia untuk menjadi seorang yang baru setelah berjaya melawan hawa nafsu selama sebulan berpuasa dan melakukan amal ibadah.

Tetapi, diri ini belum begitu bersedia menghadapinya. Ramadhanku berlalu tanpa ada apa-apa amal ibadah tambahan seperti kebanyakan orang. Ramadhanku masih sama seperti tahun sebelum-sebelumnya. Tiada solat (sunat) malam, tiada tadarus, malah tidak sesekali cuba mendapatkan pengampunan dari ALLAH.

Masih sempatkah kiranya beberapa malam yang terakhir ini ku gunakan untuk bermunajat dan memohon ampun dari-MU, wahai ALLAH, tuhan Yang Maha Pengampun?

Masihkah ada kesempatan untukku berubah menjadi seorang yang baru? Seperti barunya bajuku untuk menyambut Syawal akan datang?

Semoga sahaja diri ini masih diberi kesempatan untuk membanyakkan amal ibadah pada bulan Ramadhan yang masih bersisa ini. InsyaAllah. Wallahu’alam.

Kepada semua, saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT KETIBAAN SYAWAL dengan hati yang baru, dan menjadi seorang yang baru. Akhir kata, SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Nabi bersabda rugi & malang bagi orang yang mendapat Ramadhan namun keluar darinya tanpa mendapat keampunan darinya. Justeru, keampunan x akan diberi, tanpa permohonan, permohonan x akan dilakukan tanpa mengenal dosa, proses mndpt ilmu utk mengenal dosa tak akan dibuat tanpa keyakinan (iman) brknaan azab & nikmat.

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...