Pembaca blog mindatahwil sangat dialu-alukan sekiranya ingin berkongsi artikel yang kami paparkan di dalam blog ini. Terima kasih kepada yang memberikan kredit(membuat pautan) kepada kami, tetapi kami tidak kisah jika tidak diberikan kredit. Harapan kami semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya dan kami juga berharap agar pembaca dapat mendoakan kami. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel dalam blog "Minda Tahwil" ini.

Haji Roh


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Semasa melihat pelbagai status facebook kawan - kawan saya, tiba - tiba saya terbaca status kawan saya yang mengatakan ayah beliau telah meninggal.

Salam takziah buat beliau.

Ini membuatkan saya terfikir akan penggunaan 'arwah' apabila kita menyebut nama simati. Sebelum ini memang pernah saya terfikir akan perkara ini tetapi tidak dicatatkan dalam artikel blog. Saya berpendapat bahawa tidak betul untuk kita meletakkan panggilan 'arwah'.

Terlebih dahulu kita perlu tahu bahawa maksud 'arwah' adalah 'spirit' atau 'roh'. Jadi mari kita perhatikan penggunaan 'arwah' dalam pelbagai contoh dibawah dan kita nilai samada penggunaan arwah tersebut betul atau tidak.

"Dulu arwah ayah saya bekerja di ladang"
"Dulu roh ayah saya bekerja di ladang"

"Arwah ayah saya meninggal dunia pada 2005"
"Roh ayah saya meninggal dunia pada 2005"

"Saya sangat rindukan arwah ayah saya"
"Saya sangat rindukan roh ayah saya"

Pendapat saya, saya lebih suka untuk tidak menyebut 'arwah' kerana:
1. maksud ayat tidak betul.
2. tiada masalah jika tidak menyebut 'arwah'.
3. lagi pun kita tidak mengguna perkataan 'arwah' ketika menyebut nama nabi Muhammad salallahu 'alayhiwassalam sedangkan baginda juga telah wafat.

Ini seterusnya membuatkan saya terfikir kenapa perlu juga kita menyebut 'Haji' pada nama seseorang yang telah menunaikan Haji. Sedangkan kita tidak menggunakan 'haji' ketika menyebut nama nabi Muhammad (peace be upon him).

Menunaikan haji adalah salah satu daripada rukun Islam dan kebiasaannya kita meletakkan pangkat 'Hj' pada pangkal nama, maka kenapa tidak pula kita kita meletakkan pangkat 'Pu' iaitu puasa, 'Me' iaitu mengucap, 'So' iaitu solat dan 'Za' iaitu zakat pada pangkal nama seseorang jika beliau menunaikan setiap rukun Islam tersebut.

Sebagai nama contoh:

Hj, Za. Pu. So. Me. Ali bin Abu

Walaupun begitu, ini hanyalah pendapat saya. Kalau ianya membuat anda terfikir, maka fikirkan lah.

2 komen:

desperate mama berkata...

assalamualaikum... izinkan saya copy dan paste pendapat anda di blog saya.... saya saat hargainya....

*minta maaf, dah cnp, baru mintak izin.. :( *

F-H berkata...

wa'alaikumsalam warahmatullah..

terima kasih kerana menghargai dan sudi untuk berkongsinya.
saya tak kisah jika ada yg mahu CNP artikel dalam blog ini selagi yg dikongsikan itu membawa manfaat buat semua.
sedangkan Rasulullah salallahu'alayhi wasallam sendiri pernah bersabda "Sampaikanlah dariku walau satu ayat"

terima kasih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...