Baru - baru ini pihak United Nation (UN) telah mengisytiharkan bahawa negara Somalia mengalami masalah kekurangan bekalan makanan yang kritikal (kisah selanjutnya, klik sini). Sayu hati apabila melihat keadaan mereka terutama si kecil yang kurang mendapat makanan sehingga badan mereka kurus dan menampakkan tulang-belulang. Ramai penduduk terpaksa berpindah dari kampung halaman sejauh 200km akibat kemarau yang teruk untuk mencari makanan.
Seorang ibu dengan 5 orang anaknya yang berjalan selama 6 hari mencari makanan sehingga menyebabkan 2 orang anaknya mati kelaparan dalam perjalanan. Beliau terpaksa meninggalkan mayat itu ditepi jalan kerana tidak berdaya untuk menyediakan kubur. Kisah ini dirakam dalam artikel berita BBC
Bagaimana pula kita?
Kita disini pula mewah dengan makanan terutamanya pada bulan Ramadhan ini. Meja-meja makan sudah semestinya meriah dengan pelbagai jenis hidangan yang akhir sebahagiannya terbazir begitu sahaja. Kalau tidak terbazir, alhamdulillah, tetapi harus juga ingat akan konsep bersederhana.
Memang betul hak kita untuk makan apa yang kita mahu dan ini telah dinyatakan dalam Al-Quran seperti ayat dibawah.
"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu."
"Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
Makanlah dengan sederhana dan berpada-pada kerana inilah pesan Rasulullah salallahu 'alayhi wasallam terhadap umat kesayangan baginda. Terdapat banyak hadith berkenaan dengan isu ini dan antara contohnya adalah dua hadith dibawah.
Narrated Ibn 'Umar:
Allah's Apostle said, "A believer eats in one intestine (is satisfied with a little food), and a kafir (unbeliever) or a hypocrite eats in seven intestines (eats too much)."
Narrated Abu Huraira:
Allah's Apostle said, "The food for two persons is sufficient for three, and the food of three persons is sufficient for four persons."
Narrated Abu Musa Al-Ash'ari:
The Prophet said, "Give food to the hungry, pay a visit to the sick and release (set free) the one in captivity (by paying his ransom)."
Sahih Bukhari, Volume 7, Book 65, Number 286
Semoga kita semua mendapat pelajaran daripada kisah penderitaan mereka ini. Wallahu'alam
Hulurkan sumbangan anda terus ke Islamic Relief Malaysia. (http://irmblog.org/donate/)


0 komen:
Catat Ulasan