Pembaca blog mindatahwil sangat dialu-alukan sekiranya ingin berkongsi artikel yang kami paparkan di dalam blog ini. Terima kasih kepada yang memberikan kredit(membuat pautan) kepada kami, tetapi kami tidak kisah jika tidak diberikan kredit. Harapan kami semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya dan kami juga berharap agar pembaca dapat mendoakan kami. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel dalam blog "Minda Tahwil" ini.

Cemburu pada tempatnya

Assalamu'alaikum.


Pernahkan kita berasa cemburu terutama apabila melihat rakan lain lebih daripada kita? Sifat cemburu atau iri hati boleh dikatakan lumrah pada setiap manusia. Apabila kita melihat kejayaan orang lain, kita cenderung untuk merasa cemburu/iri hati. Malah, kalau dihayati kisah pembunuhan pertama di dunia (kisah Habil dan Qabil) juga adalah berpunca daripada perasaan cemburu.


Perasaan cemburu ini jika dibiarkan, akan membawa kepada masalah terutama kepada orang yang cemburu itu sendiri. Ini kerana dengan sifat cemburu, kita akan mudah pula untuk membenci orang yang dicemburui itu. Begitulah syaitan membisikkan perasaan cemburu dalam diri insan, supaya setiap kita sentiasa berpecah antara satu sama lain.


Apakah kita tidak boleh merasa cemburu? Menurut satu hadith riwayat Al-Bukhari, Rasululullah salallahu 'alayhi wasallam pernah bersabda yang maksudnya:


    "Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain"


Daripada hadith di atas ini, dapatlah kita simpulkan bahawa hanya ada dua(2) sebab sahaja kita boleh mencemburui seseorang itu, iaitu:


  1. Seseorang yang Allah kurniakan nikmat rezeki kepadanya, dan dia gunakannya ke jalan Allah
  2. Seseorang yang Allah kurniakan ilmu kepadanya, dan ilmu itu diajarkannya kepada orang.
Mungkin kita tidak diberikan nikmat rezeki yang lebih, tetapi kita masih punya peluang untuk mempelajari ilmu agama dan menyebarkannya kepada orang lain. Semoga dengan membaca hadith ini, perasaan cemburu kita akan beransur hilang, insyaAllah. Wallahu'alam.

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...