Pembaca blog mindatahwil sangat dialu-alukan sekiranya ingin berkongsi artikel yang kami paparkan di dalam blog ini. Terima kasih kepada yang memberikan kredit(membuat pautan) kepada kami, tetapi kami tidak kisah jika tidak diberikan kredit. Harapan kami semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya dan kami juga berharap agar pembaca dapat mendoakan kami. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel dalam blog "Minda Tahwil" ini.

Khatam Quran dalam masa sebulan





Assalamu'alaikum


Mungkin ramai yang sudah tahu bagaimana untuk mengkhatam al-Quran dalam masa sebulan, atau mungkin ada juga yang tahu cara untuk mengkhatam al-Quran lagi cepat dari itu.


Artikel ini saya tujukan khas kepada sesiapa yang masih lagi tercari-cari formula atau cara paling berkesan untuk mengkhatamkan al-Quran dalam masa sebulan.


Untuk pengetahuan, satu juzuk di dalam al-quran mengandungi 20 muka surat. Dari awal surah Al-Fatihah (juzuk 1) ke juzuk 2 ada 20 muka surat kesemuanya, dan juga berikutnya.


Jika kita mengamalkan membaca 4 muka surat setelah selesai solat fardhu yang 5 waktu itu, maka kita mampu untuk menghabiskan 20 muka surat dalam masa sehari. Ini bermakna, kita juga mampu untuk menghabiskan 1 juzuk sehari.


Jika kita amalkan berterusan selama sebulan berturut-turut tanpa henti, insyaAllah, kita mampu untuk menkhatam sebuah al-quran dalam masa sebulan.


Tetapi, harus diingatkan juga, bacalah kitab Allah itu dalam keadaan yang tenang dan paling penting untuk kita yang tidak tahu bahasa arab adalah dengan membaca terjemahannya sekali.


Semoga artikel ini mampu memberi sedikit sebanyak manfaat buat kita. Jika anda punyai cara yang lebih baik daripada saya, bolehlah kongsikan caranya di ruangan komen.


Wallahu'alam

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...