Sejak dari kecil sehingga lah sekarang, saya sering menganggap mereka yang bukan beragama Islam itu adalah seorang kafir. Sehinggalah pada Ramadhan tahun ini, apabila saya menonton sebuah video mengenai beberapa orang yang beragama Kristian yang akhirnya mendapat hidayah dan menjadi seorang penganut agama Islam, anggapan saya tentang kafir itu berubah sama sekali.
Di dalam al-Quran juga, Allah telah menerangkan dan menceritakan tentang orang-orang kafir ini pada hampir setiap surah. Dalam kitab tafsir al-quran kafir (jamaknya kuffar) bererti orang yang tidak percayakan Allah, rasul-rasulNya serta malaikat-malaikatNya.
Apabila melihat video-video dari mualaf-mualaf ini, ternyata mereka percayakan Allah walaupun kepercayaan mereka berbeza dari kita. Mereka juga percayakan rasul-rasul Allah seperti Nabi 'Isa 'alayhi salam, Nabi Musa 'alayhi salam, Nabi Ibrahim 'alayhi salam dan Nabi Nuh 'alayhi salam. Cuma kepercayaan mereka berbeza dengan kita kerana itu yang diajarkan kepada mereka sejak kecil lagi.
Ada antara mereka yang dari kecil telah diajar untuk pergi beribadah pada tiap-tiap hari Ahad (kepercayaan Kristian) dan juga diajar membaca kitab Bible. Sebagai contoh Joshua Evans, apabila usianya semakin meningkat, beliau semakin berusaha untuk mencari kebenaran dalam agama tuhan dan mendekatkan diri dengan tuhan.
Ajaran di dalam bible membuatkan beliau ragu dengan kandungan bible itu sendiri sehingga beliau mencari ajaran agama yang sebenar. Beliau mengkaji agama Hindu, Buddha dan lain-lainnya tetapi tidak Islam. Mengapa demikian? Kerana Islam begitu asing baginya. Dia tidak pernah mengetahui tentang adanya agama Islam. Petunjuk demi petunjuk Allah berikan padanya, tetapi sebagai manusia biasa yang pada waktu itu masih lagi bukan seorang Muslim, pastinya dia tidak dapat mengagak itu semua petunjuk yang datang dari Allah. Cuma beliau yakin bahawa petunjuk itu memberitahu bahawa adanya sebab beliau wujud di dunia ini. Sehingga suatu hari beliau berjumpa dengan kawannya seorang Muslim dan memberi jemputan kepada beliau untuk hadiri khutbah Jumaat sebagai pembukaan kepada pengenalan Islam. Imam masjid tersebut menawarkan senafkah al-Quran terjemahan dan beliau telah habis membacanya dalam beberapa hari sahaja.
Akhirnya, hidayah Allah sampai juga kepadanya dan akhirnya beliau mengucap kalimah syahadah dan kini menjadi seorang pendakwah. Masya Allah, besar sungguh nikmat yang Allah berikan padanya.
Banyak lagi kisah tentang orang bukan beragama Islam yang akhirnya diberi hidayah oleh Allah kerana mereka pada asalnya memang percayakan Allah. Cuma mungkin kerana ajaran yang diterima dari kecil menyebabkan mereka berada dalam keadaan itu.
Dari video ceramah mualaf-mualaf ini juga, saya dapat lihat betapa jahatnya sesetengah orang yang bukan Islam ini apabila mereka memutar-belitkan atau cuba memburukkan tentang agama Islam. Disebabkan itu jugalah, ada sesetengah mereka yang ingin mencari kebenaran, tidak berminat untuk mencarinya dalam Islam.
Artikel sampingan bagaimana seorang Kristian mencari kebenaran dalam cara mendekatkan diri dengan tuhan sehingga membawa beliau seorang Muslim:

0 komen:
Catat Ulasan