Pembaca blog mindatahwil sangat dialu-alukan sekiranya ingin berkongsi artikel yang kami paparkan di dalam blog ini. Terima kasih kepada yang memberikan kredit(membuat pautan) kepada kami, tetapi kami tidak kisah jika tidak diberikan kredit. Harapan kami semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya dan kami juga berharap agar pembaca dapat mendoakan kami. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel dalam blog "Minda Tahwil" ini.

The Expanding Universe



Assalamu’alaikum

Pada awal Oktober 2011 baru ini kita sekumpulan professor yang terdiri dari 3 orang telah menerima Nobel Prize in Physics. Mereka ini ialah Sual Perlmutter, Brian P. Schmidt dan Adam G. Riess.

Anugerah ini dihadiahkan kepada mereka ini kerana pencapaian kajian mereka dalam bidang astronomi. Penemuan mereka dalam bidang astronomi ini adalah, mereka dapati bahawa galaksi semakin berkembang luas dan pantas.

Pengembangan galaksi ini bermakna ketumpatan akan berkurangan kerana keluasan diantara semua jasad semakin bertambah. Dengan kata lain, sekiranya pengembangan galaksi ini semakin berterusan, akhirnya semakin sukar ahli astronomi untuk melihat galaksi ini kerana penghujung alam semesta adalah kawasan yang gelap.

Penemuan ini telah berjaya diperkenalkan pada 1998 namun hanya pada 2011 mereka ini telah dinobatkan sebagai pemenang hadiah Nobel.

Penerima hadiah Nobel (Fizik)2011 Nobel Prize in Physics

Kita sebagai orang Islam patut berterima kasih kepada mereka atas penemuan ini kerana secara tidak langsung mereka telah membuktikan kebenaran Al-Quran iaitu dalam surah ke 51 Adz-Dzaariyaat (The Winnowing Winds) ayat ke 47, terjemahannya:

"Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi). Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga."
Terjemahan dari iium.edu.my

"And the heaven We constructed with strength, and indeed, We are [its] expander."
Terjemahan dari Sahih International

"With power did We construct the heaven. Verily, We are Able to extend the vastness of space thereof."
Terjemahan dari Muhsin Khan

"With power and skill did We construct the Firmament: for it is We Who create the vastness of space."
Terjemahan dari Yusuf Ali

"AND IT IS We who have built the universe with [Our creative] power; and, verily, it is We who are steadily expanding it."
Terjemahan dari Muhammad Asad

Begitulah penjelasan Allah dalam ayat yang amat pendek ini bahawa Allah menciptakan dan mengembangkan alam semesta ini. Penemuan sekumpulan saintis ini bahawa alam semesta ini semakin berkembang telah menyokong ayat Allah seperti dalam terjemahan dari Sahih International "to extend the vastness of space" dan kuasa Allah juga akan perkara ini berlaku, "We are [its] expander"

Allah maha mengetahui.


Gambaran mudah bagaimana alam semesta semakin berkembang

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...